Siakap Keli

Kejam, Kanak-Kanak 9 Tahun Mati Dicekik Suami Sendiri

Seorang kanak-kanak berumur 9 tahun mati akibat dibunuh oleh insan yang bergelar suami sendiri.

Kanak-kanak malang yang dikenali sebagai Samia itu mati dicekik dan mayatnya di temui di daerah Badghis pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, suaminya yang berusia 35 tahun dipercayai telah melarikan diri selepas membunuh isterinya.

“Suaminya telah melarikan diri selepas insiden,” kata seorang sumber yang boleh dipercayai.

Ibu bapa mangsa dipanggil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjut sebelum didakwa kerana memaksa anaknya yang masih di bawah umur untuk berkahwin.

Samia dipaksa berkahwin ketika umurnya mencecah 7 tahun bagi menyelesaikan perbalahan yang berlaku antara kedua keluarga.

Ibu bapanya memberinya kepada pihak lelaki sebagai ‘tukaran’ yang boleh menyelesaikan perbalahan selain tidak perlu membayar hantaran kahwin dan sekali gus mengurangkan kos perkahwinan.

Meskipun undang-undang Afganistan hanya membenarkan rakyatnya yang berusia 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki untuk berkahwin, namun mereka masih meneruskan amalan tradisional perkahwinan kanak-kanak yang dikenali sebagai ‘badal’.

Sumber- TOLOnews

 

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar