Siakap Keli

Pelakon Gerak Khas, Nizen Ayob Meninggal Dunia

Pelakon drama siri popular ‘Gerak Khas’ Nizen Ayob dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 11.55 pagi tadi di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Beliau diberitakan  meninggal dunia selepas mengalami kompilasi kegagalan fungsi buah pinggang pagi tadi.

Jenazah akan di mandi dan dikhafankan di hospital sebelum dibawa pulang ke kampungnya hari ini di Johor Bahru untuk urusan pengebumian

Nizen sebelum ini melalui laman Instagram miliknya pernah mendedahkan yang dia telah disihir oleh individu tidak bertanggungjawab di mana beliau memuatnaik gambar jarum berkarat dan cebisan seperti kain.

https://www.instagram.com/p/BTiZPn0h46t/?hl=en&taken-by=nizenayob

Semoga roh Nizen ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Daus Ishak

Jangan terpaku terlalu lama dengan kejayaanmu