Siakap Keli

Mudah Je Rupanya Nak Buat Ayam Goreng Pedas Ala Korea Ni Dekat Rumah

Sejak kebelakangan ini makanan dari negara Korea Selatan menjadi kegemaran rata-rata rakyat Malaysia.

Bermula dari ramen atau mi segera yang pedas sehinggalah ke makanan tradisi mereka yang kini mudah didapati di mana-mana restoran yang menyediakan makanan korea.

Selain dari ramen Samyang dan tteokbokki (spicy rice cake), ayam goreng juga menjadi makanan kegemaran rakyat korea dan bukan itu sahaja, mereka juga mempunya menu ayam goreng yang datang dengan pelbagai perisa yang pastinya akan membuatkan kita ketagih.

Sering kali kita jumpa atau masak ayam goreng biasa dirumah, namun kali ini kita boleh mencuba resepi ayam goreng yang bersalut sos manis, masin pedas yang membuka selera.

Jikalau anda agak malas untuk mencuba resepi ini di restoran, mudah sahaja untuk membuatnya di rumah dan pastinya lebih bersih dan bergizi.

Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi resepi mudah membuat ayam goreng pedas ala Korea yang viral sekarang ini. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Wawa Syalwawa menerusi laman facebooknya.

Selamat mencuba!

RESEPI AYAM GORENG PEDAS ALA KOREA @ YANGNYEOM CHICKEN

Bahan Perapan

  • 10 ketul drummet ayam (bersihkan & tos)
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu gula
  • secubit garam

Cara Perap Ayam

  • Tumbuk semua bahan hingga lumat. (Saya tumbuk satu demi satu sampai halus semuanya. Nak guna blender pun boleh.)

  • Lumur pada ayam dan perapkan selama 30 minit. Lagi lama lagi bagus.

Bahan Tepung Goreng Ayam

  • 1 senduk tepung gandum
  • 1 senduk tepung jagung

Cara Menggoreng

  • Sebatikan kedua-dua tepung kering.

  •  Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam adunan tepung sambil golek-golekkan ayam.

Pastikan minyak cukup panas sebelum masukkan ayam. Kawal api sampai ayam masak dengan sempurna. Dah nampak keperangan sedikit bolehlah angkat dan toskan minyak sampai betul-betul kering.

Bahan Untuk Sos

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu cili kisar
  • 2 sudu besar gula
  • 4 sudu sos cili
  • 3 sudu sos tomato
  • 2 sudu madu
  • 1 sudu jus lemon
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan Sos

  • Tumiskan bawang putih dan cili kisar hingga garing dengan sedikit minyak. Masukkan sos cili, sos tomato, gula dan madu. Biarkan seketika kemudian masukkan jus lemon. Kacau sebati dan akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
  • Sejukkan sebelum digaulkan dengan ayam goreng tadi.

Bahan-bahan hiasan 

  • Sanggai bijan secukupnya
  • Daun bawang hiris

Sumber- Puan Wawa Syalwawa

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar