Siakap Keli

Alahan Teruk Dengan Ubat, Adik Ini Alami Sindrom Steven Johnson, Rabun Mata, Kulit Melepuh Satu Badan

Mungkin ada diantara kita yang pernah dengar tentang sindrom Steven Johnson ini dimana keadaan kulit yang melepuh akibat reaksi alahan badan manusia terhadap ubat-ubatan atau ejen jangkitan.

Menerusi laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, dari tahun 2000 hingga 2013, sebanyak 34 kes diterima berkaitan kesan melecur sehingga menampakkan daging pada seluruh muka dan badan selepas dirawat dengan ubat yang salah.

Penyakit ini berlaku kepada setiap individu yang mempunyai tahap sensitif pada benda asing yang berbeza.  Pesakit yang mengalami Steven Johnson Syndrome ini akan mengalami tanda-tanda seperti bintik-bintik, lepuh berair, demam, letih badan serta sakit tekak.

Antara ubat-ubat yang boleh mengundang kepada sindrom ini adalah seperti:

  1. Allopurinol
  2. Diclofenac
  3. Etravirine
  4. Isotretinoin aka Accutane
  5. Fluconazole
  6. Valdecoxib
  7. Sitagliptin
  8. Oseltamivir
  9. Penicillins
  10. Barbiturates
  11. Sulfonamides
  12. Phenytoin
  13. Azithromycin
  14. Oxcarbazepine
  15. Zonisamide
  16. Modafinil
  17. Lamotrigine
  18. Nevirapine
  19. Pyrimethamine
  20. Ibuprofen
  21. Ethosuximide
  22. Carbamazepine
  23. Nystatin

Perkongsian daripada ibu ini sangat meruntun hati sesiapa sahaja yang melihat keadaan anaknya yang mengalami sindrom Steven Johnson baru-baru ini.  Diharap adik Khairi akan sembuh seperti sediakala dan dipermudahkan segala urusannya.  Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Genap 3 mnggu terlantar d hosp gara2 antibiotik…
Alhamdulilah discharge sdh ensomboyku. Rpanya ubat bkn shj penawar tapi juga boleh menjadi ‘racun’. Walaupun discharge tp masih smbung rawatn mata dan mulut d rumah lagi… mata masi rabun.. mulut masih sakit….

Sekadar ingatan tuk smua… berhati2 makan or bg ank2 ubat.. jgn jd sptku..

Pada mulanya khairi demam n batuk2.. Dr bagi antibiotik, ubat batuk dan pcm.. slaps mkn 1 biji antibiotik kluar bintik2 merah d mulut dan tapak tangan. Dlm pikiranku.. khairi kena jangkitan HFMD.. truskan makan… slpas pil ke 3… dia mngadu sesak nafas dan kmi bawa ke unit kecemasan hosp likas.. .. pada mulanya di sangka campak.

Dr pakar siasat2… rpnya STEVEN JOHNSON.. Ni la nama pnyakit 1st time ku dgr… Lpas ni slpas telan 1 biji ubat kalu nmpk ada tanda2 merah2 d badan.. buatla sesuatu….

TERIMA KASEH pada semua sahabat dan family yang telah mendoakan Khairi…

TERIMA KASEH pada nurse2 dan Doktor2 di Hospital Likas.. layanan memang 1st class..

Hanya Allah sahaja yg dapat membalasnya… dan mudhan2 kalian sentiasa dalam rahmat Allah s.wt

Sumber: Nur Fazell

Nur Farra