Kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata, pastinya memberi kesan yang hebat kepada sesiapa pun.

Coretan yang ditulis oleh Puan Haslina Joes mengenai adiknya yang baru mengetahui kehilangan ibu dan ayah mereka setelah hari ketujuh  dikebumikan sangat menyentuh hati.

Difahamkan, ibu dan ayah mereka terbunuh dalam kemalangan jalan raya bersama seorang ibu saudara. Hanya adiknya terselamat dan menerima rawatan di hospital.

Apa yang meruntun perasaan, video reaksi adiknya apabila menerima perkhabaran duka itu menyebabkan ramai yang mengalirkan air mata ! Moga Allah memberikan ketabahan kepada keluarga ini.

Bukan mudah untuk keluarga kami nak lalui semua nie.. hari ke 7 kehilangan mak and abah… hari nie jugak adik baru tahu yang dia kehilangan mak and abah…

Now orang yang melanggar tu rasa apa yer… adik kena kemurungan.. dah mula salahkan dirinya tanpa henti….

Ya Allah kuatkan lah kami sekeluarga.

Nie keadaan adik saya… asyik termenung and menangis… renung handset sebab ada gambar mak… abah and mak ngah…

Tadi pagi dia tanya,

”UCU KENAPA MAK TAK KEJUTKAN ADIK…KENAPA MAK KUAR DGN ABAH AND MAK NGAH TAK AJAK ADIK?” apa ko rasa yer….

Sedih dlm hati nie tak terkawal…. cuma Allah yang tahu… tapi saya hairan orang yang bagi comment tu semua… saya nak tanya apakah anda sekali dalam lori tu? Awak ke yang nampak keadaan tu? Awak ke yang paling awal kat sana? Awak ke kelindan lori tu?

Cukup senang korang bagi statement kan… ko letak kesalahan tu semua bulat-bulat kepada adik aku… korang ingat adik aku nie apa ???!! Patung tak bernyawa… korang ingat arwah-arwah tu semua tak pandai ker..

Ingat Allah tu maha kaya…. akhirnya ada yang rakam seluruhnya… and dia dah tampil…. terima kasih saya ucapkan…

Untuk keluarga drive lorry tu… saya cuma sedih… kalian bukan simpati terhadap kami tapi kalian buat endah tak endah sahaja… ada kalian datang jumpa kami sekeluarga?? Not at all…

Bukan nak cari publisiti kat FB ker Insta ker atau apa sahaja…. kami kehilangan org yang kami sayang seperti kilat…. sepatutnya kalian prihatin sedikit kat kami…bukan begini caranya..

Sumber : Haslina Joes