Siakap Keli

(Video) Penjenayah Lari Lintang-Pukang, 16 Ekor Lembu Bantu Polis Kejar Suspek Dadah

Rakaman video segerombolan lembu dilihat mengejar seorang manusia dipercayai suspek penjenayah pada Isnin lalu.  Jennifer Kaufman, suspek yang memandu kereta jenis SUV yang dicuri berhenti dibahu jalan sebelum melarikan diri ke arah ladang lembu.

Polis yang mengekori suspek memberitahu bahawa dia merupakan salah seorang dari tiga orang yang berada di dalam kenderaan terbabit.  Video yang diambil daripada helikopter polis menunjukkan kira-kira 16 ekor lembu mengejar Kaufman ketika cubaan melarikan diri.

Pihak polis sedaya upaya menjejaki Kaufman setelah mendapati dia mempunyai sejumlah kokain serta peralatan dadah lain didalam kenderaan yang dibawa.

Dipenghujung jalan, suspek akhirnya dikepung oleh sekumpulan lembu tersebut di bahagian depan dan tanpa sedar pihak polis turut mengepungnya di bahagian belakang suspek.

Sumber: Heraldbulletin

Nur Farra