Siakap Keli

“Sampai Hati, Itu Anak Aku, Kenapa Buat Macamtu,” Ibu Tidak Boleh Terima Perbuatan Guru Taska Kepada Anaknya

Semalam tular video seorang guru dilihat memukul kanak-kanak di sebuah taska atau pusat asuhan tanpa sebab.  Video pertama berdurasi 2 minit 10 saat dan video kedua yang berdurasi 36 saat itu mendapat kritikan netizen yang rata-rata tak berpuas hati dengan tindakan kejam penjaga atau guru berkenaan.

Video pertama menunjukkan seorang guru wanita mengangkat kanak-kanak perempuan di atas tubuh seorang kanak-kanak lelaki yang terbaring.  Video kedua pula lebih teruk apabila seorang lagi guru bertugas menampar dua orang kanak-kanak dan salah seorang daripada mereka terjatuh daripada kerusi.

Menurut laporan media, kedua-dua penjaga berkenaan telah pun ditahan untuk siasatan selanjutnya dan selayaknya mendapat hukuman yang setimpal.

Susulan kejadian ini, ibu kepada mangsa perbuatan dera salah seorang daripada kanak-kanak terbabit telah memuat naik status di Facebook miliknya menyatakan rasa kesal dan sedih atas apa yang telah terjadi.

Assalamualaikum….berkenaan dengan kes dera anak sy tu…trus trang sy kte kn….sy lngsung x blh trima ape yg die dh buat pd anak sy..sy x sngka org yg sy percye blh jge anak sy sbnrnye brhati binatang(maaf bahasa kasar).. kami bkn dri keluarga yg senang..yuran bulanan yg mhal iaitu sebnyak rm380 mengharapkn penjagaan yg setimpal dengan harga…bkn dengan cre mcm ni..terus terang sy ckp,sepanjang hntar anak ke situ,ckgu2 semua nmpk baik sngt dpn sy…smpai anak x nk skolah sy pkir + je…rupanye ini lh sebab nye ank sy x nk ke sekolah…n die ade juga cerita teacher pukul dina..tp cerita tu sebelum2 kjadian…sy x prcye ckp anak…dia siap tnjuk kn teacher pukul mcm mne…sy suami istri mash brfikiran +..biar kn je ape yg dina ckp.. stiap kli bkak fb penuh crita psl dina n video tu sntiasa mnghantui fikiran sy..hti msih belum blh trima ape yg trjdi skrng ni…

Hari ni 14.8.2018 genap ank ummi DINA HANANIA BINTI SHAHRULZAMAN 3 tahun…perancangan awl nk smbut befday die kt skolah ngn kwn2..bila dh jd mcm ni…mmg x buatlah…ni thun prtama die skolah n thun prtama die dh merasai bnde mcm ni…td sblum die tdo..sy ade ckp dgn dia…dina nk skolah baru x???seronok die ble dgr ummi die nk crikn skolah bru..mngkin die rse syurga ble dh x skolah situ…tp sy harap sngt2,skolah bru nnt tlong lh jge anak sy btl2…jgn lh bnde ni berulang lg..kasihan lh bdk2 yg x berdosa dianiaya sebegini rupa…

Ape2 pun sy berterima kasih kepada tuan yg merakam dan pengurus sekolah kerana bertindak cpt..puan dh melakukn yg trbaik utk anak2 yg teraniaya ni…terima kasih sngt2…

Akhir skali sy nk wish pd anak sy Dina Hanania Binti shahrulzaman SELAMAT HARI JADI yg ke 3 thun…semoga kamu jd anak yg solehah,berbakti pd ibu bapa,cemerlang dlm hidup dn semoga kamu dibawah lindungan tuhan ye nak…

Kepada siperlaku…sy x kn maafkn awak smpai ble2…n sy harap nsib anak sy dn yg lain2 akn terbela nnt..x lupa juga terima kasih sarjan dri ipk kerana bersungguh sungguh utk membela nsib anak2 kami…

#hatihancurberkecaianakdidera
#sysyganaksy

Sumber: Nur Hasriha

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di