Siakap Keli

(Video)Babak-Babak Kepala Wanita Digilis Lori Pembancuh Simen, Namun Tak Berkecai Kerana Pakai Helmet

Seorang wanita yang menunggang motosikal terselamat daripada maut selepas helmet yang dipakaianya berjaya menyelamatkan kepalanya daripada berkecai ketika digilis sebuah trak pembacuh simen.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Zhu terpelanting daripada motosikal yang ditunggagnya selepas terkena pintu kereta yang dibuka secara semberono oleh seorang lelaki.

Zhu kemudian terjatuh ke atas jalan raya sebelum bahagian kepalanya masuk ke bawah bahagian tayar lori pembancuh simen yang ketika itu turut menggunakan jalan yang sama. Kejadian tersebut berjaya dirakam kamera pengawasan litar tertutup (CCTV).

”Tanpa helmet tersebut, saya fikir saya akan mati,” kata ibu dua anak tersebut, yang hanya mengalami luka kecil akaibat kemalangan tersebut.

Menurut pemandu trak, Jiang, dia melihat Zhu terjatuh dengan kepalanya masuk dibawah lori yang dipandunya sebaik sahaja melihat cermin sisi lori tersebut. Jhiang kemudian bertindak memperlahankan lorinya namun sudah terlambat dan gagal memberhentikan kenderaan tersebut sebelum menggilis kepala Zhu.

Jiang berkata dia keluar daripada lori dan memeriksa keadaan Zhu dan mendapati bahawa kepala Zhu telah mengalami pendarahan. Jiang juga memberitahu bahawa helmet yang dipakai Zhu teleh pun rosak dengan teruk.

Lelaki yang bertanggungjawab membuka pintu kereta tersebut kemudian menghubungi ambulance selain turut membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Zhu kemudian di bawa ke Hospital Wenrong, dan pemeriksaan yang dibuat doktor mengesahkan Zhu tidak mengalamai sebarang kecederaan pada bahagian otak.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=YFEfRys-vA8]

 

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.