Siakap Keli

Selepas 2 Hari Kehilangan Anak, Isteri Pula Dijemput Ilahi, Luahan Hati Penjaga Gol Negeri 9 Ini Buat Netizen Sebak

Penjaga gol skuad pasukan bola sepak Negeri Sembilan, Mohd Kaharuddin beberapa hari lalu melalui kehilangan terbesar dalam hidupnya apabila isteri dan anaknya meninggal dunia dalam jarak masa yang dekat.

Berita kehilangan itu turut diumumkan melalui akaun rasmi Twitter Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dan laman rasmi Instagram Kaharuddin sendiri.

Pengalaman sedih ini memberi impak kepada pemain bola sepak berusia 27 tahun.  Isteri tercinta meninggal dunia pagi tadi sekaligus membuatkan beliau kehilangan 2 orang insan tercinta kerana 2 hari lalu, pasangan ini turut kehilangan bayi mereka yang baru dilahirkan dan diberi nama Sumayyah kerana mengalami komplikasi.

Rata-rata netizen dan penyokong beliau memberi kata-kata semangat dan kami disini juga turut mendoakan semoga Kaharuddin diberikan kekuatan. Takziah, Al-Fatihah.

Nur Farra