Siakap Keli

(Video) Dikatakan Malapetaka Dasyat, Lebuhraya Setinggi 91 Meter Runtuh, Lebih 30 Orang Maut

Sekurang-kurangnya 35 orang meninggal dunia termasuk seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun selepas jambatan lebuh raya Itali sepanjang 200 meter runtuh. Mangsa yang lain dilaporkan berada dalam keadaan cedera parah.

Rakaman menunjukkan jambatan di lebuh raya A10 di Genoa itu runtuh pada 11.30 pagi waktu tempatan.

Dipercayai sebanyak 30 buah kenderaan berada di atas jambatan tersebut semasa runtuhan.

Agensi berita ANSA melaporkan jumlah kematian setakat ini seramai 35 orang tetapi dijangka akan meningkat.

Bomba, ambulans dan polis masih berada di lokasi kejadian yang berhampiran dengan sebuah lapangan terbang.

Dikatakan ribut buruk melanda sebelum tragedi itu berlaku dan laporan media Itali menyatakan bahawa jambatan tersebut disambar kilat.

Keruntuhan struktur bermula dari salah satu tiang di Via Fillak dekat kawasan Sampierdarena.

Pasukan bomba masih berusaha menyelamatkan mangsa-mangsa tragedi tersebut daripada timbunan konkrit selepas kereta dan lori jatuh pada ketinggian 300 kaki (91 meter) ke dalam sungai dan permukaan bumi.

Pasukan sistem peranti sonar dan anjing penyelamat turut terlibat dalam kru kecemasan untuk mencari dan menyelamat mangsa yang masih hidup.

 

Menteri Pengangkutan Itali Danilo Toninelli berkata, jambatan runtuh itu merupakan tragedi besar dan beliau mengikuti perkembangan insiden itu dengan rasa bimbang.

Timbalan Menteri, Edoardo Rixi mengatakan kejadian itu tidak boleh diterima kerana jambatan yang penting sebegitu tidak dibina untuk mengelak runtuhan seperti itu.

Seorang saksi memberitahu TV Sky Italia, dia lihat lapan atau sembilan kenderaan di atas jambatan itu ketika ia runtuh dan insiden tersebut seperti ”malapetaka yang dasyat”.

Jambatan itu juga dikenali sebagai Polcevera Viaduct, dinamakan selepas arkitek Riccardo Morandi.

Pembinaan jambatan tersebut adalah pada 1962 dan siap pada 1968 di mana kerja-kerja pembinaan semula jambatan berkenaan pula dilakukan pada 2016.

Panjang keseluruhan jambatan itu adalah 1,100 meter dan dikatakan menjadi jambatan kabel pertama yang dibina di Eropah.

Sumber : Mirror UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.