Siakap Keli

(Video) “Janji Ini Ada Dalam Manifesto”, Tun M. Isytihar Seramai 3,407 Kaum India Berusia Lebih 60 Tahun Bakal Dapat Kewarganegaraan

Tun Dr. Mahathir telah mengisytiharkan serama hampir 3,407 orang individu berketurunan India berusia 60 tahun ke atas akan diberi status warganegara serta permastautin tetap dengan kad pengenalan biru, katanya ketika Sidang Media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Senario Dan Pengurusan Pekerja Asing di Malaysia tengah hari tadi.

Selaras janji manifesto Pakatan Harapan, janji ini akhirnya ditunaikan dengan beberapa syarat dan kriteria yang perlu dipatuhi di Jabatan Pendaftaran Negara seperti ujian Bahasa Melayu.

“Janji ini ada dalam manifesto dan kita telah proses awal-awal lagi.  Kita akan tunaikan janji kita.”

“Mereka yang berusia lebih 60 tahun, kita akan terus bagi kad pengenalan warna biru.”

“Bagi kategori lain, jika salah seorang ibu bapa warga tempatan, dan anaknya lahir di Malaysia, dia juga berhak menjadi warganegara.”

Kredit: Video Berita Harian

Nur Farra