Siakap Keli

Berita Pemandu Bas Meninggal Adalah Palsu, Mangsa Akan Keluar Hospital Hari Ini

Tular di media sosial, pemandu bas Rapid KL yang terbabit dalam insiden rempuhan lima kereta di Jalan Ampang di sini meninggal dunia hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, menafikan mesej yang viral di media sosial mendakwa pemandu bas berusia 32 tahun itu sudah meninggal dunia sebaliknya dia masih dirawat di Hospital Ampang dan akan keluar pada jam 3 petang hari ini.

Pemandu bas itu mengalami kecederaan di kepala dipercayai dipukul ketika ditangkap oleh orang awam, menurut sebuah laporan portal berita hari ini.

Polis akan menjalankan siasatan lain sekiranya pemandu bas terbabit membuat laporan polis bahawa dia dipukul.

Selain itu, beliau turut memaklumkan tiada penumpang berada dalam bas Rapid KL berkenaan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam itu.

Hari ini, viral di media sosial satu salinan paparan skrin posting ditulis seorang pengguna Facebook  yang menulis ”Innalillahhiwainnailaihirojiun, Al-fatihah, Semoga tenang di alam sana”

Salinan gambar paparan skrin yang viral itu dipercayai merujuk kepada gambar pemandu bas Rapid KL berkenaan yang sebelum ini berada dalam keadaan separa sedar.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.