Siakap Keli

(Video) Tanah Runtuh, Debu Bertebaran Di Udara, Lombok Di Landa Gempa Kuat Lagi Sebentar Tadi

Dua gempa bumi menggoncang Lombok untuk kali yang ketiga bermula pada jam 6.47 pagi tadi.

Maklumat daripada Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisik (BMKG) memberitahu bahawa gempa pertama terjadi pukul 06.47 WIB sebesar 3, 4 SR  dengan titik lokasi :8.23 LS, 116.27 BT (Pusat gempa berada di drat 16 km BaratLaut Lombok Utara), Kedalaman 11 Km dan dirasakan (MMI) III Lombok Tengah.

Kedua, gempa berkekuatan 6.5 SR pukul 11:10:22 WIB, dengan titik lokasi 8.24 LS,116.66 BT dan kedalaman 32 km TimurLaut LOMBOKTIMUR-NTB), Kedalaman sekitar 10 Km.

Ketiga, dengan kekuatan 5.4 SR pukul 11:06:13 WIB, di lokasi 8.29 LS, 116.62 BT (Pusat gempa berada di darat 25km TimurLaut Lombok Timur), Kedlmn:10 Km Dirasakan (MMI) IV Lombok Utara, III Mataram, III Lombok Barat, III Sumbawa Besar, II Praya, II Denpasar, II Tabanan.

Sementara gempa keempat dengan kekuatan 6.5, pukul 11:10:22 (Pusat gempa di darat 32km TimurLaut Lombok Timur), Kedlmn:10 Km Dirasakan (MMI) VI Lombok Utara, IV Mataram, III Lombok Barat, III Lombok Tengah, III Lombok Timur, III Sumbawa Besar, III Bima, II Denpasar, II Waingapu, II Jembaran

BMKG setakat ini tidak mengumumkan kesemua gempa tersebut berpotensi terjadinya tsunami dan sebarang aktiviti gempa bumi susulan.

Pun begitu, gempa yang berlaku selama 30 saat sebentar tadi sudah cukup membuat masyarakat sekitar panik.

Sebelum ini, pada 5 Ogos lalu, wilayah Lombok telah dilanda gempa dengan 7 skala richter sehingga menewaskan ratusan orang dan ribuan mangsa kehilangan tempat tinggal.

Sumber: CNN Indonesia, Tribune News

Nur Farra