Siakap Keli

”Kalau Ibu Tahu, Ibu Takkan Beli Mekap Mainan Ini Untuk Akak”, Luluh Hati Seorang Ibu Lihat Wajah Anaknya Melecet Dan Mengelupas

Pelbagai mainan kanak-kanak yang dijual di pasaran. Ada ibu bapa yang rambang mata, mesti ada sahaja mainan yang nak dibeli untuk anak kesayangan. Tetapi adakah semua alat mainan ini selamat untuk dimain?

Terbaru, perkongsian oleh seorang pengguna facebook Puan Fara yang meluahkan rasa sedih apabila anaknya yang berusia 3 tahun terpaksa menangung sakit akibat kulitnya yang melecet dan mengelupas dengan teruk setelah bermain permainan alat solek yang baru dibeli.

Kecelakaan ini terjadi dipercayai selepas memakai alat solekan berkenaan, pada hemat kami ianya mungkin disebabkan alahan, apapun jom kita baca luahan ibu berkenaan.

Ya Allah tak tahu nak mulakan daripada mana hmm terlalu sedih luluh hati ibu tengok kakak sakit nak, sekarang kakak dah 3 tahun 5 bulan, demam baru 3 kali ibu ingat sampai sekarang.

Ibu rasa ini lah sakit yang teruk yang kakak rasa sekarang ibu minta maaf sayang. Ibu teringat setiap kali kakak tengok YouTube minta ibu beli makeup-makeup mainan nie sebab konon nak bagi anak patung kakak pakai, so ibu pon pegi lah beli kat parkson bende bodoh nie dah lah mahal nak mampus!!!!

ibu pon tak sangka kakak pakai and jadi macam nie sayang ibu minta maaf. Sekarang kakak sakit ibu tak sanggup tengok sedihhh tak boleh nak luahkan. YaAllah sembuhkankan lah sakit anak ku YaAllah amin amin amin…..

Sekarang kakak bila panas habis melecet kulit dia akan mengelupas badan pon ada sebab benda tu dah masuk dalam salur darah kakak.

Sumber : Puan Fara

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.