Siakap Keli

“7 Bulan Macam 7 Tahun”, Kisah Pemergian Guru Sementara Yang Ditangisi

Selain ibu bapa, guru merupakan tunggak utama kejayaan seseorang itu.  Individu seperti Perdana Menteri, doktor mahupun angkasawan mencapai kejayaan kerana didikan yang diajar oleh seorang yang bernama guru.  Menjadi ibu bapa kedua bagi setiap daripada kita, guru memegang amanah paling tinggi demi memastikan setiap daripada pelajarnya cemerlang.

Sejak dulu, tugas guru bukan hanya di sekolah.  Dalam usaha ‘melentur buluh dari rebungnya’ tak dapat dinafikan bahawa jawatan yang digalas memainkan peranan yang amat penting.  Kredibiliti guru mampu memberikan impak besar kepada pembangunan integriti anak didiknya.

Gambar dibawah cukup memperlihatkan betapa jasa guru itu dihargai sehingga cukup berat untuk mereka melepaskan cikgu ini.

Guru hebat ni, “hadirnya dinanti, perginya ditangisi.”

Pemergian ditangisi anak murid.  Sekolah Rendah Imtiyaz, Ipoh dengan berat hati terpaksa melepaskan seorang guru sementara, Cikgu Amin yang akan berpindah untuk menyambung pelajaran di Unisza.

Satu sekolah dilanda angin hening diikuti suara anak-anak murid yang menangisi pemergian cikgu yang amat mereka sayangi ini.

Walaupun hanya sempat mengajar selama 7 bulan sahaja sementara menunggu keputusan UPU, tapi kesedihan yang menyelubungi anak-anak muridnya umpama dia telah mengajar selama 7 tahun lamanya.

Apa istimewa nya cikgu ini? Biarlah gambar berbicara.

Kiriman
Nor Liyana Mohamad Rosly

Sumber: Yope Khairul

Nur Farra