Siakap Keli

Kerajaan Timbang Laksana Cukai Soda Untuk Galak Hidup Sihat – Tun M

Kerajaan sedang menimbang untuk melaksanakan cukai soda bagi menggalakkan hidup yang lebih sihat, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia sedang dipertimbangkan secara serius, pengenalan satu bentuk cukai soda, atau cukai gula terhadap minuman ringan di negara ini.

Beliau berkata langkah itu bertujuan untuk mengurangkan penggunaan gula yang boleh menyebabkan diabetes.

“Kadar diabets di Malaysia sangat tinggi kerana kita mengambil terlalu banyak gula.”

Dr Mahathir berkata demikian sebagai menjawab soalan mengenai pendirian kerajaan berkenaan pelaksanaan cukai soda untuk meningkatkan hasil kerajaan. – BERNAMA

Nur Farra