Siakap Keli

Nak Kekalkan Kebersihan, Burung Gagak Dilatih Kutip Sampah Di Taman Tema

Bagi mengekalkan kebersihan dan keindahan lokasi, sebuah taman tema di Perancis bertindak melatih enam ekor burung gagak untuk mengutip sampah dan putung rokok yang dibuang oleh pengunjung.

Menurut Presiden taman tema Puy de Fou, Nicolas de Villiers, sebenarnya insiatif tersebut bertujuan untuk memperlihatkan kepada pengunjung bahawa haiwan juga mempunyai kesedaran  untuk menjaga alam sekitar.

“Tujuan utama bukanlah untuk membersihkan kawasan itu sebab kebanyakan pengunjung yang datang tidak membuang sampah di merata-rata tempat.

“Namun, ia lebih kepada mengajar pengunjung bahawa haiwan juga mempunyai kesedaran untuk menjaga alam,” jelasnya.

Setiap kali burung-burung gagak berkenaan mengutip sampah dan membuangnya ke dalam tong sampah, mereka akan diberikan snek sebagai ganjaran.

Taman tema bersejarah itu merupakan antara tarikan utama di negara Perancis dan ia menawarkan lebih 20 pertunjukan berkaitan peristiwa sejarah selain terdapat pertunjukan burung juga menjadi salah satu segmen yang popular di taman situ.

Sumber- USATODAY

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar