Siakap Keli

(Video) Hamilkan Pelajar 16 Tahun, Bagi Pil Gugurkan Kandungan, Guru Dibelasah Dan Diarak Ke Balai Polis Oleh Orang Ramai

Ini adalah saatnya di mana seorang guru lelaki diarak di jalan orang ramai dalam keadaan hanya berseluar dalam kerana didakwa merogol seorang pelajar perempuan sehingga hamil.

Kejadian yang sempat dirakam oleh orang ramai itu berlaku di bandar Eluru, daerah Godavari Barat di negeri Andhra Pradesh, selatan India.

Guru tersebut yang dikenali sebagai Rambabu, 38, dilaporkan telah dibelasah oleh orang ramai dan ditelanjangkan sebelum diarak ke balai polis melalui jalan yang sibuk.

Menurut orang ramai, mereka mendakwa guru bahasa inggeris itu telah merogol pelajar di Kelas 10 berusia antara 15 dan 16 tahun itu dan kemudian memberinya pil menggugurkan kandungan selepas dia didapati hamil.

Perbuatan ini terbongkar apabila keluarga gadis tersebut menyedari mangsa mengalami pendarahan teruk. Dia dilaporkan memberitahu keluarganya dia telah menjadi mangsa gangguan seksual dari guru terbabit selama 2 tahun.

Saudara-mara mangsa dan rakan-rakannya yang berang dengan kejadian itu, menangkap guru berkenaan sebelum membelasah, menanggalkan pakaiannya dan mengaraknya di jalan raya menuju ke balai polis.

“Dia adalah seorang guru dan mengumpan pelajar Kelas 10 dengan memberi janji untuk memberikan markah yang terbaik untuk dia, lalu merogolnya. Dia buat pelajar itu mengandung,” kata salah seorang lelaki dalam video tersebut.

“Dia hampir maut akibat pendarahan teruk. Kami bawa dia ke hospital. Apabila kami dapat tahu, kami tidak dapat melepaskan guru tersebut,” katanya lagi.

Setibanya di balai polis, polis memberi pakaian dan tuala kepala guru berkenaan untuk menutup drinya sebelum dibawa ke bilik soal siasat.

Rambabu dilaporkan berkata, “Mereka panggil saya keluar untuk berbincang, kemudian 15 orang lelaki terus membelasah saya tanpa belas kasihan.”

Bagaimanapun, guru terbabit ditahan selepas dilaporkan mengaku di atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Setakat ini pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap 15 orang lelaki yang terbabit yang bertindak sendiri menghukum guru berkenaan.

Sumber : Daily Mail

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.