Siakap Keli

”Terima Kasih Abang Posmen Atas Jasamu” Coretan Ini Sentuh Hati Ramai

Berpakaian seragam berwarna merah dan putih, menaiki motosikal meredah hujan panas saban hari demi menyampaikan ‘amanah’ di setiap pintu rumah pelanggan. Ternyata, kerjaya dan tugasan ini tidaklah semudah yang disangka.

Cuba letakkan diri kita sebentar dalam keadaan mereka. Berhadapan dengan risiko keselamatan, tak kurang juga dicemuh dengan pelbagai kata-kata  yang tidak enak, semuanya menuntut kecekalan, kesabaran malahan minat yang mendalam terhadap profesion tersebut.

Apa salahnya jika bungkusan atau surat anda selamat sampai ke tangan, ringankan lah mulut bertegur-sapa mahupun bertanya khabar. Jika tidak pun, sekurang-kurangnya ucapkan terima kasih abang posmen ! Biarpun penghargaan dizahirkan dengan kata, tapi membawa erti yang besar.

Coretan oleh Tuan Azizul Azli Ahmad ini ternyata menyentuh hati ramai. Ini realiti atau apa sebenarnya yang dilalui oleh seorang posmen. Mungkin ada benarnya dalam tulisan beliau, dalam banyak perkara ”abang posmen lebih tahu.”

“ABANG POSMEN LEBIH TAHU”

Saya berkesempatan minum dengan abang posmen ini tadi, saya dengar ceritanya.

1. Ada posmen yang berhenti kerja dengan tinggalkan motor dibalai polis sahaja.

“Telefon bos dan cakap, saya nak berhenti”.

2. Posmen lebih tahu hutang kita bila surat bank dan pajak gadai sering sampai rumah saja.

3. Posmen boleh hafal rumah ini nama siapa, anak dara berapa walau rumah itu tidak bernombor.

“Ada 57 rumah saya hafal sebab tak ada nombor bang”

4. Posmen tahu berapa kali kita tukar kereta selama ini.

5. Posmen boleh masuk semua agensi walau ada larangan penjual dilarang disini.

6. Posmen boleh tahu pejabat mana ada kuasa membeli yang tinggi.

7. Penjualan tudung dan fesyen paling laris di pejabat kerajaan.

8. Posmen boleh menjadi penyampai flyer iklan anda lebih baik kerana mereka tahu kemampuan pembeli kawasan itu.

9. Posmen tahu rumah sapa dah jadi janda dari Tok Ketua.

10. Kena kejar anjing, himpit lori, basah hujan, panas membara dah jadi asam garam hidup mereka.

Hargai kehidupan posmen ini kawan,

Kerana dari merekalah dulu kita dapat tawaran sekolah asrama, dilamar kerja, masuk universiti ternama, berjodohan dengan isteri kita, ibubapa hantar money order untuk kita, sampai perintah mahkamah dan mereka menjayakan perniagaan online kita.

Mereka bukan hanya sampaikan surat dan bungkusan, mereka menyampaikan AMANAH.

Terima kasih Posmen

Azizul Azli Ahmad
Anak Kerani Pos Malaysia

Catatan Tenghari
#HormatiKerjaOrangLain

Sumber : Azizul Azli Ahmad

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.