Siakap Keli

Perkhidmatan Bas Percuma Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Di Putrajaya – JPM

Jumaat ini orang ramai di jemput beramai-ramai memeriahkan Putrajaya bagi menyambut Hari Kebangsaan 2018 yang akan berlangsung di Dataran Putarajay, Presint 3.

Malaysia akan menyambut sambutan yang penuh bersejarah ini sempena ulang tahun yang ke-61 dan meraikan kerajaan baru yang mula mengambil alih negara.

Bertemakan slogan ‘Sayangi Malaysiaku’, sambutan Hari Kebangsaan ini adalah bertujuan meningkatkan rasa cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pelbagai aktiviti akan berlangsung dan apa yang lebih menarik, pihak Jabatan Perdana Menteri telah menyediakan perkhidmatan bas percuma melalui 3 laluan untuk ke Dataran Putrajaya daripada 6 pagi hingga 2 petang.

Nur Farra