Siakap Keli

(Video)Apa Salah Gadis Ini? Malang Berganda, Selepas Dirogol Bergilir-Gilir Badannya Pula Di Tattoo Oleh Perogolnya

Khadija Okkarou, 17, seorang gadis mendedahkan peristiwa sadis yang menimpa dirinya menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki dalm kejadian yang berlaku di Maghribi.

Sudahlah dirogol, Khadija turut mendedahkan bahawa dirinya turut menjadi mangsa dera, dan yang paling teruk adalah tindakan melampau kumpulan perogol tersebut melakarkan tattoo di seluruh badannya termasuklah tattoo swastika (Nazi). Pendedahan mengejutkan itu di buat Khadija ketika sesi pembicaraan mahkamah.

Khadija turut mendedahkan bahawa dia terpaksa melalui detik-detik gelap itu selama dua bulan ketika di dalam tahanan kumpulan progol tersebut. Pendedahan tersebut nyata mengundang kemarahan orang awam yang menyaksikan berlaku protes jalanan menuntut pembicaraan yang adil dan semua perogol-perogol tersebut diberi hukuman yang setimpal.

Khadija sebelum ini turut muncul dalam satu rancangan khas yang disiarkan di sebuah televisyen tempatan, Chouf dimana Khadija dilihat menangis dan merayu campur tangan Raja Maghribi, Raja Mohammed IV.

Melalui  rancangan khas tersebut juga, Khadija turut menunjukkan sebahagian daripada tubuhnya yang telah ditattoo dengan tattoo swastika dan kesan bakar akibat ditekan dengan puntung rokok oleh perogol-perogolnya.

Dedah Khadija lagi, sepanjang berada dalam tahanan penjenayah-penjenayah tersebut, Khadija memberitahu dia dirogol berulang-ulang kali oleh lebih daripada sedozen lelaki. Kata Khadija lagi, sebelum itu dia terlebih dahulu diculik daripada rumah saudaranya di bandar Oulad Ayad.

”Ketika bulan Ramadhan, saya berkunjung ke rumah ibu saudara saya dan tinggal di sana selama seminggu. Ketika diculik, saya berada di pintu rumah makcik saya sebelum dilarikan ke satu kawasan rumah terbiar kosong yang tidak saya ketahui lokasinya.

”Mereka mengurung saya selama dua bulan, merogol dan mendera saya berulang kali. Saya tidak akan memaafkan mereka, hidup saya telah hancur,” kata Khadija lagi.

Khadija juga memberitahu bahawa dia cuba melarikan diri beberapa kali namun tertangkap. Akibatnya dipukul dengan teruk oleh perogol-perogolnya.

”Mereka tidak memberikan saya makan dan minum, dan langsung tidak membenarkan saya menyucikan diri,” katanya lagi.

Setelah dua bulan dikurung dan rundingan aneh dibuat antara ayah Khadija dengan kesemua suspek, Khadija kemudian dilepaskan dengan syarat perkara tersebut tidak dibawa ke pengetahuan pihak berkuasa. Menurut Khadija, dia dihantar pulang ke rumahnya oleh salah seorang suspek menggunakan motosikal.

Terkesan dengan pendedahan yang dibuat oleh Khadija, orang ramai mengeerakkan satu siri protes aman yang mendesak agar kesemua penjenayah-penjenayah tersebut dibawa ke muka pengadilan. Malah, di media sosial tanda pagar, #JusticeforKhadija dan #WeareallKhadija menjadi trending.

Manakala sehingga kini, lebih daripada 25 ribu orang telah menandatangani petisyen atas talian yang mendesak agar Raja Mohamed IV masuk campur dan memberikan keadilan kepada Khadija.

”Disepanjang tahanan itu, dia (Khadija) telah menjadi mangsa semua penderaan yang boleh dibayangkan. Khadija dirogol berulang kali oleh 15 orang lelaki, dipukul teruk, dinafikan hak untuk menikmati makanan dan keperluan asas membersihkan diri serta tubuhnya ditattookan secara paksa oleh perogol-perogolnya.

”Kami berharap melalui petisyen ini, kemarahan dan rasa geram kami terhadap detik hitam yang perlu dilalui gadis muda ini akan didengari, dan sebagai tanda sokongan kepada Khadija untuk memulakan hidup baru dan sokongan kewangan untuk membuang semua tattoo yang ada pada tubuhnya,” kenyataan petisyen tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Hak Asasi Manusia Maghribi melalui jurucakapnya, Naima Ouahli, memberitahu media antarabangsa setakat ini 12 ssupek sudahpun berjaya ditahan. Manakala, perbicaraan awal ke atas kesemua tertuduh di Mahkamah Beni Mellal akan diadakan pada 6 September ini.

Gangguan seksual, keganasan dan penderaan terhadap wanita bukanlah perkara baru di Maghribi. Tahun lepas, sebanyak 1,600 kes rogol dibicarakan di mahkamah-mahkamah di Maghribi, peningkatan dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Sumber : The Indiependent

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.