Siakap Keli

“Sayang Akan Jagi Anak Abi Ni, Tunggu Sayang Tau,” Maut Kemalangan, Ajal Suami Sampai Selepas 2 Bulan Kahwin

Harapan setiap pasangan suami isteri mendambakan perhubungan sehingga ke hujung nyawa.  Tapi, siapalah kita ini kerana cuma mampu merancang kerana jodol, ajal dan maut itu telah ditentukan Allah swt.

Sesungguhnya berat untuk wanita ini untuk meneruskan hidup apabila kemanisan rumahtangga hanya dapat dirasai selama 2 bulan sahaja.  Tambahan pula, kepergian suami dihadiahkan dengan kehadiran zuriat hasil perkahwinan mereka.  Indah sungguh perancangan Allah.  Kehilangan diganti dengan cahaya mata sebagai penyeri hidup.

Kami disini mengharapkan Puan Nursyafira tabah menghadapi ketentuan ini dan tetap kuat untuk meneruskan hidup.  Semoga segala urusan dipermudahkan. InsyaAllah.

Belum puas aku menagih kasih, belum puas aku mengadu domba, belum puas berkasih sayang dengan kamu , abiy… Allahu.. rasa macam semalam ja kita sah halal suami isteri..kenal dah 10 tahun tapi Allah bg chance 2 bulan lebih ja bermanja dengan abiyyy.. 

tapi Allah tu adil.. dia dah tiupkan 1 lagi nyawa dalam rahim syg bukti kasih sayang kita..ingat dak syg pernah janji apa pun jadi syg wajib jaga anak abiy nii… satu2nya harta ibu n abah kat dunia ni.. abiy nak sgt teman syg buat buku, checkup semua.. sbb ni zuriat yg abiy tunggu2 selama kita nikah.. ni ja kenangan untuk syg smpai mati.. terima kasih abiy bg peluang syg mengandungkan anak abiy.. 

Syg ingat lagi Masa abiy tengok syg, syg rasa syg lah yg paling cantik, masa abiy puji syg, syg la insan yg paling bahagia.. abiy selalu layan syg mcm puteri, syg lenguh ja abiy urutkan, nak tidur pon abiy kena dodoi dulu.. manja sgt sebulan akhir2 ni.. cengeng pulak tu, kerja nk nangis jaa.. sampai abiy hairan apa lah salah abiy buat smpai syg nangis.. 

Last masa nak hantar abiy balik jb sabtu lepas, syg nangis.. selalunya abiy larang ” syg jgn nangis nanti abiy nangis sekali” tapi hari tu abiy cakap ” syg, nangis la puas2 sebab lepas ni abiy dah xboleh nak sapu airmata syg, menangis la syg.. abiy adaaa” masa tu syg la org paling tak malu sebab menangis macam org tak betul.. rupanya abiy nak bgtau yg abiy dah nak pergi jauh sgt dari sygg.. 

Damailah abiy kat sana.. Abiy hensem sangat pakai baju putih baju last atas dunia nii..xpuas syg peluk abiy xpuas syg kucup abiy.. syg janji syg jadi isteri yg terbaik walaupun syg dh xmampu berkhidmat untuk abiy kat dunia nii.. 
Abiy dah pindah masuk rumah baru.. tunggu sayang tau.. moga ada peluang kita bercinta semula di sana.. 

Sumber: Nursyafira Nasir

Nur Farra