Siakap Keli

Tular Video Kononnya Kanak-Kanak Ditinggalkan Dalam Kereta, Ini Penjelasan Yang Sebenarnya

Sebelum ini, seorang pengguna Facebook telah memuat naik video menjumpai sebuah kereta model Alza dengan dua orang kanak-kanak didalamnya yang masing-masing tidak berbaju.  Individu tersebut mendakwa kanak-kanak tersebut telah ditinggalkan orang tuanya di kawasan perindustrian di Lembah Klang.

Status itu telah menimbulkan kemarahan netizen yang rata-rata mengecam tindakan ibu bapa kanak-kanak itu kerana sanggup meninggalkan anak mereka di tengah jalan raya.  Video menunjukkan seorang daripada kanak-kanak terbabit dipercayai abang kepada adiknya sedang menyuapkan nasi mungkin lapar ditinggalkan terlalu lama.

Sedih menyaksikan video tersebut, satu lagi status dimuat naik baru-baru ini oleh individu yang lain mendakwa kenyataan yang dikeluarkan pada awalnya adalah tidak benar sama sekali.  Hakikatnya, kanak-kanak tersebut bukanlah ditinggalkan begitu sahaja tetapi kereta tersebut terbiar di jalan kerana kehabisan minyak.

Bapa kanak-kanak terbabit dipercayai mencari stesen minyak terdekat pada awal 7 pagi tadi ketika hujan lebat.  Menurut status yang dimuat naik, bapa kepada 2 kanak-kanak itu berjalan kaki dalam hujan lebat dan terpaksa meninggalkan anak-anaknya khuatir cuaca akan memburukkan lagi keadaan.

Akibat terlalu lama berada didalam kereta menjadi punca kanak-kanak itu menanggalkan pakaian dan membuka pintu kereta kerana panas.

Jadi, kesimpulannya janganlah kita membuat andaian yang menyimpang sebelum mengetahui kenyataan yang sebenar.

Nur Farra