Siakap Keli

(Video) ‘Bilik Mesra’ Selepas Gempa Bumi Lombok, Khas Untuk Pasangan Suami Isteri

‘Bilik Mesra’ selepas gempa bumi? Mesti ramai yang tertaya-tanya apakah kegunaan bilik tersebut yang didirikan sejak minggu lalu hasil usaha sukarelawan yang ditempatkan di Lombok.

Berada di Dusun Pawang Busur Timur, Desa Rempek, Kecamatan Bayan, Kabupaten Lombok Utara, bilik itu sebenarnya disediakan khas untuk pasangan suami isteri melakukan hubungan intim memandangkan kebanyakan rumah penduduk yang roboh akibat siri gempa yang berlaku di pulau peranginan tersebut.

Bagaimanapun, menurut sumber bilik itu tidak pernah digunakan langsung oleh mana-mana pasangan kerana segan dengan orang sekeliling.

Seorang ibu muda yang enggan dikenali berkata, dia berasa sangat malu untuk masuk ke bilik tersebut.

“Sudah hampir seminggu bilik itu tidak digunakan mana-mana penduduk. Malah, tidak ada yang sanggup masuk walaupun diberi upah.

”Mereka lebih memilih untuk menahan nafsu masing-masing kerana berasa tidak selesa dengan penduduk lain,” ujarnya. – viva.co.id

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.