Siakap Keli

Aku Sampai Terpijak Pad Berdarah Atas Lantai, Sampah Pula Mereka Biar Berulat – Jijik, Hidup Dengan Rakan Serumah Pengotor

Adat apabila tinggal di rumah sewa terpaksalah berdepan dengan kerenah rakan-rakan serumah. Kalau dapat yang berperangai baik dan pandai menjaga kebersihan, pasti tiada masalah. Tapi kalau dapat rakan serumah yang bersikap malas dan pengotor, siapa sahaja yang tidak sakit hati? Kita sahaja yang terpaksa menjaga kebersihan rumah sedangkan yang lain langsung tak ada kesedaran.

Seperti rasa kesal yang diluahkan oleh seorang pengguna facebook Aisyah Azhar ini apabila adiknya sendiri menjadi mangsa sikap pengotor rakan-rakan serumah. Bukan sahaja sampah sarap dibiarkan sehingga berulat, sisa makanan di dalam mangkuk juga dibiarkan tidak dibasuh hingga berkulat.

Lebih jijik, hingga terpijak pad kotor yang penuh dengan darah di atas lantai ! Cuba anda bayangkan? Hampir termuntah kami bila membayangkan bagaimana tahap pengotor anak gadis ini. Jangan hanya menjaga cantik di luaran sahaja, tetapi sebaliknya bersikap pengotor dan langsung tidak pandai menjaga kebersihan.

TERPIJAK PAD BERD * * *H? KENOT BRAIN

Haukkk lah kalau dapat housemate,croomate macam ni…zaman super canggih super moden ni ada lagi ke perempuan pengotor?

Kena tegur bebaik atlast kena marah balik.. sabar jelah… islam ajar kita jadi pembersih ye, sebab kotor tu amalan shaitoooooonnnnnnirajimmmm, astagfirullah.

Btw ni kena kat adik aku,kalau jadi kat aku siap lah…

Makanan yang ditinggalkan sehingga berkulat. Geli !

Nanti kitaorang kemas lah, apa masalah kau?

Hilang sabar kerana terpijak pad berdarah di atas lantai, tak cukup dengan tu kena cuci pula !

Sampah yang dibiarkan bertimbun dan tak dibuang.

Bila ditegur pandai menjawab, sudahnya dibiar sehingga basi berkulat !

Sumber : Aisyah Azhar

 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.