Siakap Keli

Kena SST Jika Pakai Elektrik Lebih 600 kWh Sebulan – TNB

Menerusi satu notis yang dikeluarkan kepada pelanggan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini, Service Tax (ST)atau Cukai Jualan Dan Perkhidmatan sebanyak 6 peratus akan dikenakan kepada penggunaan elektrik melebihi 600 kWj di mana penguatkuasaan cukai itu akan dilaksanakan bermula 1 September.

Penggunaan eletrik yang ditetapkan itu adalah bersamaan dengan RM231.80 bagi kategori Domestik (Kediaman) untuk tempoh pembilan 28 hari dan ke atas.

 

Katanya, bagi bil bulan Ogos/September 2018, caj SST akan ditentukan berdasarkan penggunaan elektrik mulai 1 September yang dikira secara pro-rata.

Pengguna bagi kategori ini boleh menyemak jumlah cukai yang dikenakan kepada mereka kerana ia tertera di dalam bil.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh melayari laman sesawang www.customs.gov.my


Sumber: TNB, TNB announcementsOtai Bersih

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.