Siakap Keli

Pemerintah Victoria Habiskan Jutaan Ringgit Borong Indomie Untuk Banduan Penjara Australia

Mi segera Indomie yang berasal dari Indonesia nampaknya bukan sahaja terkenal di negara-negara jiran tetapi juga di rantau Asia tenggara. Mi segera ini merupakan antara jenama yang popular berikutan rasanya yang enak dan harga berpatutan selain mudah untuk di sediakan.

Indomie  bukan sahaja terkenal di kalangan rakyat biasa tetapi juga di kalangan banduan penjara di Australia.

Menurut laporan berita tempatan di Melbourne, pemerintah di Victoria berbelanja lebih  A$500,000 (RM1.5 juta)  untuk memborong bekalan Indomie selama dua tahun.

Bekalan mi segera itu disimpan bersama pelbagai kudapan dan jajan lain yang akan dijual kepada banduan-banduan di penjara.

Penghuni penjara tersebut kebiasaanya akan membeli jajanan menggunakan wang hasil pendapatan yang mereka peroleh dari kerja-kerja yang dilakukan semasa di dalam penjara tanpa mengharapkan sumber kewangan dari pelawat.

Mereka sangat menghargai mi segera tersebut sehingga ia diibaratkan sebagai satu bentuk mata wang di dalam penjara.

Meskipun sesetengah pihak tidak bersetuju dengan tindakan menghabiskan jutaan ringgit untuk membeli bekalan makanan ringan bagi kegunaan di penjara, namun tindakan tersebut adalah bertujuan untuk  memastikan mereka ingin bekerja dan belajar bagaimana untuk rancang kewangan dengan betul, dan ia merupakan sebahagian daripada mekanisme pengurusan penjara dan jel.

Terdahulu, Indomie diperkenalkan oleh PT Indofood Sukses Makmur Tbk sejak 1982 yang turut popular di lebih 100 buah negara antaranya AS, benua Eropah, sehingga ke Afrika selain sebahagian besar Asia sendiri termasuk rantau Asia Barat.

Syarikat yang ditubuhkan pada 1972 itu sendiri ialah pengeluar mi segera terbesar di dunia dengan 16 kilang dan 15 bilion bungkusan Indomie setiap tahun.

Sumber- 9News

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar