Siakap Keli

4 Orang Aktivis Pelajar Buat ‘Demo’ Depan Kementerian Pelajaran Bantah Perlantikan Maszlee Depan Kementerian Pelajaran

Seramai 4 orang aktivis pelajar dilihat berada dihadapan Kementerian Pelajaran pagi ini sambil memegang kertas yang bertulis ‘Hormat Autonomi Universiti’ dan ‘Univeresiti Milik Mahasiswa Bukan Kaum Borjuis’.

Gerakan demonstrasi ini adalah bertujuan untuk membantah perlantikan Maszlee sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ketujuh selepas di beri perkenan oleh Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Ahmad Shah pada 5 September lalu.

Susulan perlantikan ini, Maszlee telah digesa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku dari DAP, Lim Yi Wei untuk melepaskan jawatannya kerana dilihat bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang menjanjikan autonomi serta membebaskan universiti awam (UA) daripada campur tangan politik, khususnya membabitkan lantikan Naib Canselor serta timbalannya.

Nur Farra