Siakap Keli
SHAH ALAM, 19 Julai -- Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik membicarakan tajuk 'Malaysia Baharu dan Pendidikan Negara' pada majlis Program Bicara Minda Bersama Menteri Pendidikan di Kumpulan Media Karangkraf hari ini. - - fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

”Dr Maszlee Letak Jawatan Atau Kami Buat Bantahan Besar-Besaran” – Mahasiswa Malaysia

Perlantikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketujuh Rabu lalu telah menimbulkan pelbagai reaksi ramai.

Beliau yang disifatkan sebagai calon ideal untuk memegang jawatan tersebut kerana merupakan seorang bekas pensyarah UIAM, selain pernah mengetuai Persatuan Staf Akademik UIAM dalam memperjuangkan hak-hak dan menjamin kebajikan para pensyarah.

Namun, gabungan Mahsiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) telah memberi pandangan berhubung isu itu dengan tidak bersetuju atas perlantikan tersebut dan menggesa Dr Maszlee untuk meletakkan jawatan beliau sebagai Presiden UIAM) serta merta.

Menerusi satu portal berita, Presidennya, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, jelas keghairahan Maszlee memegang jawatan tersebut menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk mahasiswa yang kecewa dengan janji-janji PH yang semakin hari semakin banyak dimungkiri.

Gamis berharap Maszlee dapat bermuhasabah dan memikirkan semula soal perjuangan untuk menyerahkan kembali universiti awam kepada ahli akademik secara sepenuhnya dan meletakkan jawatan serta merta bagi menghormati perjuangan dan janji yang ditaburkan sewaktu PRU14.

Mereka juga memberi masa kepada beliau selama seminggu bermula esok untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden UIAM dan jika masih berdegil, satu bantahan secara besar-besaran akan dilakukan di UIAM oleh mahasiswa Malaysia.

Menurutnya, tindakan Maszlee yang menerima lantikan tersebut dianggap pelik serta bertentangan dengan perjuangan serta janji Pakatan Harapan (PH) ketika PRU14.

Beliau dikatakan seolah-olah gelap mata serta melupakan prinsip perjuangan untuk mengangkat autonomi universiti awam daripada sebarang pengaruh politik seperti yang dilaungkannya sebelum terlibat dalam dunia politik tanah air negara.

Pada masa sama, Muhammad Faizzuddin berkata, Gamis juga ingin mengingatkan Menteri Pendidikan agar fokus melakukan kerja-kerja memberdaya prestasi pendidikan negara bermula daripada pendidikan rendah sehinggalah pendidikan tinggi di pejabat kementerian Pendidikan di Putrajaya.

”Sesungguhnya anda dilantik bukan untuk memegang sebanyak mungkin jawatan yang ada dalam negara serta mengaut keuntungan ke atas segala elaun yang ditawarkan, tetapi anda dilantik adalah untuk memberikan khidmat dan bekerja untuk rakyat,” katanya menerusi satu kenyataan kepada sumber pada hari ini.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.