Siakap Keli

Tuah Si ‘ZamZam’, Kerana Kasihan Pasangan Jemaah Haji Bawa Kucing Ini Pulang Ke Negara Mereka

‘ZamZam’, seekor anak kucing yang sakit dan tak boleh berjalan di Madinah berubah apabila satu pasangan dari Kanada, Don dan Amany Trim menemui haiwan itu ketika mengerjakan haji sebelum membawanya pulang ke negara asal mereka.

Pasangan berkenaan menemui anak kucing hitam itu yang dinamakan Zamzam pada hari pertama mereka tiba di kota Madinah.

Pada mulanya pasangan suami isteri dari Poland, Ozkan dan Beata menemui anak kucing itu yang disisihkan ibunya di luar Hotel Crown Plaza.

Pasangan itu kemudiannya yang kasihan membawa anak kucing itu ke bilik hotel mereka sebelum membeli susu untuk memberinya minum.

“Beata dan Ozkan akan meninggalkan hotel itu pada keesokan harinya dan mereka meminta kami untuk menjaga kucing itu,” kata Don kepada sumber.

Amany berkata, beberapa orang memberitahu, kucing itu harus tinggal di Madinah kerana ia lahir di kota berkenaan.

“Kami berusaha untuk mencari tempat tinggal untuk kucing ini di Madinah tetapi gagal. Namun, kami yakin ini tanda Allah SWT mahu kami menjaga kucing Zamzam,” jelasnya.

Kata pasangan itu lagi, mereka berdepan dengan pelbagai prosedur rumit termasuk pemeriksaan perubatan untuk membawa Zamzam pulang ke Kanada tetapi dengan bantuan pegawai Arab Saudi hasrat mereka menjadi kenyataan.

“Syukur pada Allah, akhirnya Zamzam gembira dengan suasana baru di Kanada. Ia juga sudah dibawa berjumpa doktor haiwan dan diberi diet yang sesuai.

“Zamzam akan sentiasa menjadi kenangan kami sepanjang berada di tanah suci dan kami tidak akan lupa pengalaman indah di sana,” kata Don.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.