Siakap Keli

eBay Turunkan Produk Pemutih Gigi Yang Boleh Membakar Mulut Dan Tekak Bimbang Punca Kanser

Kit pemutih gigi yang boleh menyebabkan mulut dan tekak terbakar serta mungkin menjadi punca kanser telah diturunkan dari laman web pembelian atas talian eBay

Barang-barang tersebut dijual secara haram di Australia dan didapati mengandungi bahan aktif berbahaya.

Puluhan produk pemutih gigi yang dipasarkan didapati mengandungi sehingga 44% carbamide peroksida dan 9% hidrogen peroksida.

Kepekatan kedua-dua bahan ini dianggap beracun dan tak boleh digunakan oleh sesiapa selain pihak profesional pergigian.

Jurucakap eBay memberitahu bahawa mereka telah menyedari penyenaraian tersebut dan bertindak membuangnya daripada laman web.

“Keselamatan pengguna adalah sangat penting bagi eBay. Dasar penyenaraian kami direka untuk melindungi pengguna terlebih dahulu.”

Profesor Laurence Walsh, dari University of Queensland memberitahu bahawa banyak produk pemutihan gigi yang mengandungi bahan beracun ini tidak mendatangkan apa-apa kesan baik kepada pengguna.

Beliau berkata soda bikarbonat, arang, atau tekapan lampu LED pada gigi tidak akan memutihkan.

Sumber: Daily Mail

Nur Farra