Siakap Keli

Beli Beg Mewah Hampir 5 Ribu Dalam Talian, Terkejut Wanita Ini Bila Tengok Barang Lain Yang Sampai

Bagi peminat barang berjenama yang dijual dalam talian, mungkin anda perlu berhati-hati selepas ini bimbang kejadian yang sama seperti ini berlaku. Tak kisahlah barang tu murah atau mahal, kalau dah beli tetapi barang yang sampai adalah sebaliknya, siapa yang tidak geram?

Ini yang terjadi kepada seorang wanita  yang terkejut apabila menerima bungkusan beg mewah dalam talian yang dibelinya. Bukan sahaja barang tidak sampai dengan apa yang ditempah tetapi beg mewah itu digantikan pula dengan dua botol air minuman kung fu panda. Cuba anda bayangkan?

Susulan itu, Panhathai Lertsin-udom mengambil bukti tempahannya iaitu resit transaksi dalam talian, butir-butir perbualan dengan penjual dan satu video sebelum membuat laporan di Balai Polis Muang terhadap penjual yang menggunakan akaun B.PROMOTE Line.

Menurut mangsa, dia menempah beg tangan terpakai jenama Celine pada Selasa lalu selepas gambar produk itu disiarkan di Instagram penjual.

Wanita itu kemudiannya membayar 37,000 baht (RM4,673)  selepas mendapat diskaun 3,000 baht (RM378) dengan membuat pindahan wang ke nombor akaun penjual pada hari sama.

“Saya buat pindahan wang dengan cepat kerana saya tahu ramai orang mahu membeli produk berjemana,” katanya kepada sumber.

Selepas itu dia dimaklumkan barangan yang ditempah akan dihantar ke alamatnya. Penjual juga memberi kod bungkusan ejen penghantar surat.

Bagaimanapun, mangsa mengesyaki ada sesuatu yang mencurigakan kerana dia tidak dapat menghubungi penjual, manakala akaunnya pula telah ditutup.

Apabila memeriksa dengan firma penghantar surat, dia diberitahu barangan tempahan itu dalam perjalanan dari Chiang Mai. Apabila bungkusan sampai, apa yang diterima hanyalah dua botol air Kung Fu Panda.

Mangsa juga berkata dia telah menghubungi penjual di alamat yang tertera pada bungkusan dan dia diberitahu bahawa seseorang telah memesan botol air tersebut bagi pihaknya.

Sumber : Bangkok Post

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.