Siakap Keli

”Aku Dah Separuh Buta Ni, Sumpah Takkan Buat ‘Eyelash Extension’ Lagi,” Angkara Sambung Bulu Mata Palsu, Gadis Ini Luah Rasa Kesal

Bagi kelihatan cantik semua wanita sanggup melakukan apa sahaja. Trend ‘eyelash extensions’ iaitu sambungan bulu mata palsu telah mendapat perhatian ramai tak kiralah dari selebriti hingga ke orang awam. Bangun saja tidur setiap hari, bulu mata umpama memakai maskara, nampak panjang tebal dan lentik. Siapa yang tak nka?

Tetapi seorang pengguna facebook Nurul Adeline Daud telah meluahkan rasa serik apabila matanya mengalami kesakitan selepas melakukan ‘eyelash extensions’. Bukan itu sahaja, wanita ini juga kehilangan semua bulu mata asalnya kerana cuba membuka semula bulu mata yang disambung. Kasihan.

Moga kisah ini menjadi pengajaran kepada semua wanita di luar sana agar berhati-hati dalam mendapatkan perkhidmatan eyelash extensions supaya kes seperti ini tidak berulang. Paling penting nasihat penulis, hargai apa sahaja yang telah Tuhan kurniakan kepada anda, yang asal kan lebih cantik, tak begitu?

Jangan kau ubah ciptaan Allah! Sebelum ni aku buat okay je. Tapi ni maybe Allah nak bagi warning dekat aku.

Sumpah aku takkan buat eyelash extension lagi. Separuh buta dah aku neyh. Lepas 30minit buat aku terus cari vaseline cabut balik.

Aku terus beli vaseline dekat sejam aku tenyeh vaseline dekat bulu mata. Sakit tuhan je yang tahu sebab nak tarik semua bulu-bulu tu.

Punya susah nak cabut. Sampai takda bulu mata da aku. Mungkin aku alergik dengan gam dia kot.

At the end, habis semua bengkak. Hidung merah. Mata bengkak. Mata berair pedih sampai sekarang.

Ni aku buat eyelash extension dulu. Okay je. Huwaaaaaa. Sekarang dah takda bulu mata da. Allah nak tarik kejap je.

Setakat ini, perkongsian wanita ini telah mendapat lebih 5k shares dan ratusan komen. Menurut netizen, teknik yang digunakan adalah tidak betul malah gam yang digunakan terlalu banyak.

Pada masa sama, netizen turut menasihatkan mangsa agar tidak lagi membuat penyambungan bulu mata seperti ini kerana ianya tidak dibenarkan dalam Islam.

Sumber : Nurul Adeline Daud

 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.