Siakap Keli

Terkini: Anwar Ibrahim Sah Akan Bertanding di Port Dickson

Kuala Lumpur, 12 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan bertanding di Parlimen Port Dickson, lapor portal The Star Online.

Penyandang kerusi tersebut, Datuk Danyal Balagopal Abdullah juga dilaporkan meletak jawatan berkuat kuasa serta merta dan surat perletakan jawatan telah diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat pagi tadi.

Perkara tersebut diumum dalam satu sidang akhbar khas di ibu pejabat PKR hari ini.

Pada PRU 14 lalu, Parlimen Port Dickson dimenangi oleh Danyal Balagopal dengan majoriti 17,110 undi.

Dalam masa yang sama, wartawan CNA, Sumisha Naidu, melaporkan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Anwar Ibrahim telah pun memaklumkan perkara tersebut kepada Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.

salor30

Programmer. Musician. #YOLO