Siakap Keli

(Video) Kejam, Gelagat Dua Lelaki Dirakam ‘Putar’ Seekor Kucing Bunting Dalam Pengering Pakaian Hingga Mati

Perbuatan tidak berperikemanusian dua orang lelaki yang memasukkan seeokr kucing yang sedang bunting ke dalam mesin pengering dan menghidupnya menjadi tular di media sosial selepas rakaman kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) yang merakam kejadian di kedai dobi itu tersebar di atas talian.

Rakaman kejadian tersebut pada awalnya dikongsi oleh Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association sebelum turut dikongsi oleh laman facebook Malaysian Respone Team yang dikatakan berlaku di Kedai Dobi di Taman Gombak Ria Selangor, kira-kira jam 12.30 malam, 11 September.

Melalui video berdurasi 2 minit 50 saat itu, dua orang lelaki tersebut pada awalnya dirakam sedang melipat pakaian di sebuah meja yang disediakan di sebelah mesin pengering tersebut sebelum salah seorang lelaki tersebut yang berseluar panjang menyedari mengenai keberadaan seekor kucing di bawah meja tersebut.

Seorang lagi lelaki berseluar pendek kemudian dilihat bergerak menuju ke mesin pengering tersebut untuk membuka pintu alat berkenaan. Kemudian, lelaki berseluar panjang itu memasukkan kucing malang berkenaan ke dalam mesin pengering sebelum pintunya ditutup dan kedua-duanya menyambung kembali melipat baju mereka.

Kedua-dua lelaki berkenaan kemudian dilihat memeriksa keadaan kucing tersebut terlebih dahulu sebelum beredar daripada kedai dobi berkenaan. Malangnya, kedua-duanya kembali semula ke mesin kering berkenaan dan dilihat memasukkan token untuk menghidupkan mesing pengering tersebut sebelum berlalu pergi buat kali kedua.

Kucing malang itu disahkan mati selepas bangkainya yang berlumuran darah ditemui oleh pelanggan lain kedai dobi berkenaan, kira-kira 10.30 pagi hari yang sama. Pelanggan berkenaan kemudian memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak pengurusan dobi tersebut.

Kes berkenaan turut dilaporkan oleh salah sebuah portal berita berbahasa Melayu tempatan, yang memberitahu bahawa pihak pengurusan kedai dobi berkenaan memaklumkan kejadian itu kepada Persatun Haiwan Malaysia dan kejadian tersebut sudahpun dilaporkan kepada pihak polis.

Lapor portal berita itu lagi, kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Sumber : Malaysia Respone Team, Persatuan Haiwan Malaysia

 

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.