Siakap Keli

(Video) Ngeri, Lelaki Cekik Dan Penggal Kepala Isteri, Bawa Ke Balai Polis Menaiki Motosikal Sejauh 20Km

Ngeri. Itu yang dapat digambarkan apabila seorang lelaki membawa kepala isterinya yang diletakkan ke dalam plastik hitam ke balai polis setelah mencekik dan memenggal kepala mangsa menggunakan sebilah parang.

Lelaki tersebut, Satish, 35 melakukan perbuatan kejam tersebut setelah mengesyaki isterinya, Roopa, 25, curang kepadanya. Mereka dikatakan telah berkahwin enam tahun lalu atas dasar cinta.

”Pada mulanya, tiada sesiapa mempercayainya, tetapi setelah dia membuka beg ternyata terdapat kepala wanita di dalamnya.

”Dia meminta segelas air kerana letih dan dahaga. Setelah minum, dia berkata ingin menyerah diri dan memberitahu  bagaimana dia melakukan jenayah tersebut,’‘ kata jurucakap polis.

Difahamkan, rumah tangga mereka mula mengalami masalah sejak 7 bulan lalu apabila isteri suspek membuat aduan kepada pihak polis bahawa suaminya itu tidak memberikan wang untuk perbelajaan rumah dan dua anak mereka. Setelah diberikan kaunseling, keadaan berada dalam keadaan baik dan kedua-dua pasangan tersebut dibenarkan pulang ke rumah.

Pada kejadian ahad lalu, pasangan tersebut menikmati makan tengahari bersama-sama di sebuah gerai. Namun, Roopa beredar terlebih dahulu dengan memberi alasan mahu pulang ke rumah.

Beberapa lama kemudian, Satish menelefon mangsa berulang kali tetapi isterinya itu tidak mengangkat panggilannya menyebabkan dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, Satish bergegas pulang ke rumah tetapi Roopa tidak berada di sana.

Dia kemudian menjumpai isterinya itu sedang berbual dengan seorang pemuda berhampiran dengan sebuah kilang di rumah mereka. Satish yang berang kemudian pergi ke kedai mengambil sebilah parang untuk membunuh pemuda tersebut tetapi cuba dihalang oleh Roopa.

Tidak dapat menahan marah, Satish terus mencekik isteriya itu dengan mengunakan sari yang dipakainya. Kemarahannya tidak berhenti di situ apabila dia terus memotong kepala isterinya dengan kejam menggunakan parang. Pemuda itu pula berjaya melepaskan diri dengan mengalami beberapa kesan luka.

Satish terus membonceng motosikal dengan membawa kepala tersebut yang disimpan di dalam sebuah beg plastik hitam ke balai polis Ajjampura sejauh 20 kilometer. Menurut polis, suspek langsung tidak merasa kesal akan perbuatannya itu malah dia tidak berpuas hati kerana tidak dapat membunuh kekasih isterinya.

Sumber : Times of India

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.