Siakap Keli

Gemar Makan Makanan Tak Masak, Lelaki Tanggung Derita Epilepsi Cacing ‘Berenang’ Dalam Otak

Seorang lelaki yang mengalami epilepsi akhirnya menemukan puncanya apabila doktor menemui seekor cacing sedang ‘berenang’ dalam otaknya.

Menurut doktor, cacing berukuran 10 sentimeter itu menjadi punca kepada masalah epilepsi yang mendadak kepada Liu yang berusia 26 tahun.

Jelas doktor, parasit itu berada di dalam otak berikutan Liu gemar memakan makanan yang tidak dimasak atau telah dicemari.

Prosedur mengeluarkan cacing itu dilakukan oleh Dr Wang Chunliang di sebuah hospital di China apabila dia menyedari terdapat sesuatu yang pelik ketika memeriksa Liu.

“Cacing itu masih hidup apabila dikeluarkan. Ia lembut, berwarna putih dan boleh berenang,” ujarnya.

Liu yang menggemari makanan salai sebelum ini kelihatan sihat namun beberapa kali mengalami sawan secara tiba-tiba.

Menurut pakar Pusat Neuromedical Shanghai, Guo Hui yang dipetik dari berita South China Morning, kes seperti ini berlaku apabila seseorang itu selalu mengambil makanan yang tidak masak atau daging separuh masak dan juga makanan laut.

Cacing atau telur yang tidak mati boleh bergerak melalui saluran darah, sampai ke otak atau bahagian organ lain.

Sumber- TheSun

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar