Siakap Keli

Rupanya Ada Tempat Jual Perabot Dengan Harga Murah, Siap Ada Tawaran RM 1 Lagi, Jadi Tak Perlulah Risau Pasal Bajet Bila Nak Salin Perabot Rumah

Siapa yang tak suka kalau rumah sentiasa kelihatan kemas dan cantik sepanjang masa. Tak kisahlah, jika rumah yang anda diami itu rumah yang sudah berusia atau pun tidaklah besar mana saiznya, kalau kena dengan perabot dan susun atur, pasti kelihatan cantik dan sedap dipandang mata.

Orang kata, rumahku syurgaku. Tetapi, untuk mengisi rumah dengan pelbagai perabot supaya kelihatan cantik, anda sudah tentu berfikir dua kali sekiranya modal yang harus dikeluarkan terlalu tinggi. Tambah-tambah kalau anda pasangan baru berkahwin ataupun kali pertama tinggal sendirian dan berjauhan daripada keluarga.

Bagaimana kalau kami katakan bahawa modal dan bajet bukanlah sesuatu yang perlu anda risaukan jika anda berbelanja di tempat yang kami sarankan ini? Betul, tempat yang kami maksudkan tak lain tak bukan adalah Courts. Ya, anda tak perlu risau kerana di Courts, walaupun kerajaan akan memperkenalkan cukai baru SST menggantikan GST, harga jualan produk daripada Courts KEKAL sebagai YANG PALING RENDAH dalam pasaran.

Berbeza dengan pesaing-pesaingnya yang lain, Courts sentiasa memegang prinsip Harga Rendah Hari-Hari satu jaminan istimewa buat anda untuk berbelanja tanpa perlu risau dengan jumlah wang yang anda harus keluarkan. Apa yang istimewanya mengenai Harga Rendah Hari-Hari? Harga Rendah Hari-Hari bermakna apabila anda berbelanja di Courts, ada jaminan bahawa Tiada Had Masa, Tiada Had Stok, Tiada Had Kuantiti, Tiada Had Pembelian Minimum dan yang paling penting, Tiada Gimik. Semua harga murah yang ditawarkan adalah realiti!

Tetapi yang paling best sekiranya anda sudah lama merancang untuk menukar atau menambah kelengkapan rumah, September adalah bulan yang paling sesuai untuk anda berbuat demikian. Kenapa? Kerana Courts bakal melaksanakan Kempen September, satu kempen harga jualan durian runtuh, khas untuk anda semua.

Istimewanya melalui Kempen September ini, satu perkara yang pasti adalah tiada kenaikan harga yang akan berlaku. Wow, kami rasakan tawaran daripada Courts ini adalah satu peluang keemasan, dan anda tidak harus melepaskan peluang ini.

Tak cukup dengan jaminan tiada kenaikkan harga selepas pengenalan SST, Courts turut menawarkan program Belian Dengan Belian (BDB) dengan pembelian produk-produk tertentu yang ditawarkan dalam Kempen September ini. Mudahnya, BDB bermaksud anda ditawarkan untuk membeli produk kedua dengan harga lebih murah sekiranya anda membeli produk pertama dengan nilai yang ditetapkan. Wah, ni dah macam sambil menyelam minum air ni. Siapa yang tak mahu, beli barangan berkualiti dengan harga lebih murah kan?

Melalui Kempen September ini, jika anda membelanjakan lebih daripada RM 2,999 untuk membeli sebuah televisyen, Courts menawarkan anda BDB sebuah Samsung Soundbar dengan harga cuma RM 399, iaitu penjimatan sebanyak RM 166 berbanding harga biasa, RM 565.

Courts bukan sahaja menawarkan PWP dengan peluang untuk membeli produk kedua dengan harga yang lebih murah, BDB yang ditawarkan melalui Kempen September ini turut merangkumi caj penghantaran. Misalnya, jika anda membeli sebuah televisyen bersaiz 55 inci atau ke atas, Courts menawarkan BDB caj penghantaran pada RM 1. Sangat berbaloi untuk anda yang tinggal jauh daripada stor Courts.

Selain produk elektronik berjenama seperti Samsung, Mille, Milux, Pensonic dan Elba, Courts melalui Kempen September turut membawakan tawaran hebat untuk barangan digital. September adalah bulan pendaftaran baru pelajar hampir semua universiti-universiti di Malaysia, maka Courts turut menawarkan BDB RM 1 untuk sebuah tetikus sekiranya anda memilih untuk membelikan sebuah komputer riba bernilai RM 1,800 dan ke atas di mana-mana stornya.

Tak cukup dengan itu, anda juga ditawarkan BDB bernilai RM 1 untuk mana-mana aksesori gajet seperti kabel pengecas, powerbank, selfie stick, atau phone car holder bagi setiap perbelanjaan MINIMUM sebanyak RM 500 dan atas untuk produk digital. Menarik bukan? Ini adalah tawaran paling hebat, khusus buat anda yang bakal menyambung pengajian ke universiti kelak.

Tawaran hebat seterusnya dalam Kempen September oleh Courts adalah khas untuk produk perabot, yang anda idam-idamkan untuk rumah anda. Dengan pembelian mana-mana set sofa di stor Courts, anda ditawarkan diskaun sebanyak RM 100 untuk mendapatkan meja Kopi Weston atau kabinet TV Weston.

Selain itu, jika anda membeli mana-mana DUA perabot bernilai RM 999 atau ke atas, Courts turut menawarkan BDB kos penghantaran RM 1. Jadi usah bimbang dan usah takut untuk berbelanja. Dengan setiap pembelian, pasti ada tawaran istimewa daripada Courts, khas untuk anda pelanggan yang dihargai.

Mudahnya melalui Kempen September ini, apa yang anda tahu adalah, apa sahaja barang kelengkapan yang anda mahu, anda tahu dimana anda perlu tuju dan tempat itu semestinya adalah Courts. Satu fakta menarik yang kami rasakan anda perlu tahu adalah, semua barisan produk tidak kira perabot-perabot berkualiti tinggi, alatan elektrik berjenama sehinggalah produk digital yang serba moden, semuanya dijual di bawah satu bumbung, Courts.

Dengan menawarkan harga lebih rendah sepanjang tahun berbanding pesaing-pesaingnya, buatlah pilihan bijak dengan berbelanja di mana-mana stor Courts dan dapatkan nilai lebih baik untuk setiap produk, anda pasti menikmati hidup yang lebih senang. Dengan tawaran diskaun, harga lebih rendah daripada pesaing dan tiada peningkatan harga akibat SST serta konsep PWP, anda akan dapati bahawa ia satu perbelanjaan yang sangat berbaloi yang kami pasti tawaran ini tidak akan anda perolehi di tempat lain.

Eksklusif untuk ahli Home Club, dapatkan Jaminan Penjimatan Tambahan sebanyak 40 peratus atau pulangan wang tunai sehingga RM1,000 jika membuat belian menggunakan Courts Flexi Kredit. Nak dapat jaminan potongan tetapi masih belum jadi ahli? Mudah saja, daftar secara percuma di mana-mana outlet Courts sekarang!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Facebook  dan Instagram Courts. Jadi, simpan duit anda dan nantikan ketibaan September untuk berbelanja di Courts, stor jualan pelbagai produk kelengkapan rumah anda dengan harga berpatutan di bawah satu bumbung.



Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.