Siakap Keli

Comelnya Kaedah Jejak Anak Guna Belon, Elak Hilang Di Tempat Orang Ramai

Pasangan ibu dan bapa dari Singapura menggunakan teknik penjagaan kanak-kanak di tempat awam dengan kaedah yang sangat comel.  Kaedah ini digunakan bagi mengelakkan anak mereka sesat dalam kesesakan orang ramai.

Dengan mengikat tali belon jenis helium pada rambut anak perempuan mereka, ibu bapa kreatif ini secara tak langsung dapat menjejaki anak mereka semasa membeli-belah di salah sebuah gudang menjual kasut sukan di Singapura.

Kelihatan anak kecil ini sangat comel berlegar-legar di ruangan gudang tersebut dengan belon ‘penjejak’ yang terikat pada rambutnya.  Walau bagaimana pun, kaedah ini bukanlah kaedah yang biasa digunakan.  Ia hanyalah untuk berseronok, menurut ibunya.

Sumber: Nextshark

Nur Farra