Siakap Keli

Tak Puas Hati Dapat Markah ‘Assignment’ 12/100, Pelajar Saman Universiti Dan Dibawa Hingga Ke Pejabat Perdana Menteri

Seorang pelajar jurusan kewartawanan telah mengambil langkah drastik dengan menyaman pihak universiti kerana gagal dalam tugasan yang diberikan pensyarah.  Menurut laporan media, tugasan tersebut mengkehendakinya membuat wawancara terhadap pemilik anjing yang membawa haiwan mereka keluar berjalan.

Keputusan tugasan yang diperoleh membuatkannya terkejut kerana baginya ia adalah markah terendah yang pernah diterima. Bayangkan 12 markah daripada markah penuh, 100? Rendah sangat tu.

Tidak puas hati dengan keputusan tersebut, pelajar ini bertindak untuk menyaman pihak universiti walaupun telah diminta untuk pensyarah tersebut menandakan tugasan itu sebanyak 2 kali.

Tugasannya dikritik berdasarkan beberapa faktor antaranya, wawancara yang tidak berstruktur dan pendahuluan serta penutup yang tidak jelas.  Ekoran isu tersebut, pelajar ini membuat keputusan untuk membawa kes ke Mahakmah Tinggi dengan harapan markah yang diperoleh dapat dilihat kembali.

Pun begitu, kes saman-menyaman ini dipercayai dibawa hingga ke pejabat Perdana Menteri Australia, Suruhanjaya Hak Manusia, namun kesemuanya tak berjaya.  

Sumber: Daily Mail

Nur Farra