Siakap Keli

Bukan Satu Atau Dua, Tapi 12 Orang, Gadis Tanggung Azab Diperkosa Bergilir-Gilir Sehingga ‘Bisu’

Seorang gadis terpaksa menanggung azab yang menyeksakan apabila dirinya menjadi mangsa rogol selepas diberi dadah oleh 12 orang lelaki secara bergilir-gilir selama 8 jam, dalam kejadian yang berlaku di Utara India.

Insiden yang menimpa gadis berusia 19 tahun merupakan kes terbaru serangan seksual di negara berkenaan yang menyaksikan mangsa ketika ditemui hampir tidak mampu bersuara.

Menurut laporan media antarabangsa, ahli keluarga mangsa dikatakan mengenali sekurang-kurangnya tiga orang suspek yang terlibat, masing-masing dikenali sebagai Pankaj, Nishu dan Manish.

Pankaj (anggota tentera)

Lebih memalukan, salah seorang daripada mereka dikatakan merupakan seorang anggota tentera. Kes berkenaan turut mendapat perhatian pemerintah tertinggi pasukan bersenjata India.

”Jika ada anggota tentera terlibat dalam jenayah rogol, kami memberi jaminan akan menahannya dan mendakwa atas kesalah rogol. Kami tidak akan melindungi penjenayah,” kata Leftenan Jeneral Cherish Mathson.

Khabar mengenai keluarga mangsa yang saling mengenali dengan beberapa orang suspek menimbulkan kemungkinan bahawa serangan kali ini sudahpun dirancang rapi dan suspek mengetahui aktiviti harian mangsanya.

Menurut rekod, mangsa dikatakan dilarikan daripada perhentian bas di Mahendegarh selepas didekati oleh suspek yang memberikannya minuman. Mangsa percaya air tersebut telahpun dicampur dengan dadah.

Nishu

Mangsa kemudian dibawa ke sebuah rumah yang terletak kira-kira 25 batu daripada perhentian bas tersebut, disitu kemudian lebih ramai suspek muncul, keseluruhan seramai 12 orang.

Kira-kira 8 jam kemudian, salah seorang suspek meninggalkan mangsa di perhentian bas itu kembali sebelum menghubungi ahli keluarga mangsa untuk memaklumkan lokasi mangsa berada.

Polis ketika ini masih belum membuat sebarang penahanan namun sudah mengedarkan tiga foto suspek yang dikenali oleh keluarga mangsa. Manakala mangsa ketika ini sedang dirawat di hospital selepas mendapat kecederaan seliuh pada bahagian bahu dan koyak pada kemaluan.

”Dia juga mengalami kesakitan teruk pada bahagian tekak sehingga tidak mampu bersuara dan makan apa-apa,” kata ibu mangsa kepada pemberita.

Manish

Ini bukanlah kejadian pertama, pada tahun 2012, seorang gadis turut menjadi mangsa rogol bergilir-gilir di dalam sebuah bas. Kejadian berkenaan telah mencetuskan protes di seluruh negara yang menuntut kerajaan memberikan hukuman lebih berat kepada semua pesalah-pesalah rogol.

Ketika ini, India mengenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun untuk kes rogol melibatkan mangsa dewasa dan hukuman mati bagi kes rogol melibatkan mangsa kanak-kanak.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.