Siakap Keli

Polis Tahan Suspek Kedua Kes Samun Wanita Dan Kedai Runcit

ALOR SETAR, 17 Sept (Bernama) – Polis menahan suspek kedua kes samun seorang wanita di premis dobi layan diri dan samun di kedai runcit dan kedai serbaneka 24 jam dalam tempoh berselang 15 minit di Sungai Petani pada Selasa lepas.

Ketua Polis Kedah Datuk Abd Rahim Jaafar berkata suspek lelaki berusia 20 tahun itu ditahan di tepi jalan di Bukit Tengah, Juru, Pulau Pinang pada 7 pagi semalam.

Suspek direman enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut dan perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Balkhis Abdul Halim, katanya kepada pemberita selepas program Penilaian Anugerah Inovasi PDRM 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana di sini, hari ini.

Pada Khamis lepas, ​​​​​​suspek utama berusia 21 tahun ditahan bersama-sama isterinya yang berusia 30 tahun ketika datang bersama-sama ibunya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk menyerah diri. Isteri suspek turut ditahan kerana berada di dalam kereta yang dinaiki suspek ketika melakukan jenayah itu.

Dalam kejadian itu, dua suspek lelaki berkenaan menyamun seorang pelanggan wanita berusia 37 tahun, pada 7 pagi di kedai dobi layan diri 24 jam di Taman Puteri Jaya, Sungai Petani, hingga kerugian RM10,000 dan selang 15 minit kemudian, mereka juga turut menyamun sebuah kedai runcit dan sebuah kedai serbaneka 24 jam.

Sumber : BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di