Siakap Keli

”Tak Semua Dari Barat Kita Kena Ikut”, Surat Terbuka Buat Nurul Izzah Dalam Isu Ganja Sebagai Ubat

Baru-baru ini, kita dihidangkan dengan berita mengenai seorang pemuda yang bakal berhadapan hukuman mati setelah didapati bersalah memiliki ganja dalm simpanannya. Malah, kami sebelum ini turut berkongsi kisah berkenaan di Facebook dan laman web kami.

Sebentar tadi, kami juga turut membawakan kenyataan Yang Berhormat (YB) Nurul Izzah yang secara peribadi mahu menulis surat kepada Peguam Negara, Thommy Thomas bagi mendapatkan pengampunan terhadap lelaki berkenaan. Bagaimanapun, seorang lelaki yang dikenali sebagai Fahmi Hassan melalui satu kemas kini di laman facebooknya mempunyai pendapat yang berbeza mengenai isu terbabit.

Walaupun tidak menyentuh sama ada bersetuju atau tidak dengan tindakan YB Nurul Izzah, namun hujah yang diberikan oleh Fahmi Hassan ada benarnya juga.

Antara yang disebut adalah mengenai barangan yang dirampas oleh pihak berkuasa. Menurutnya, ganja yang dirampas mengandungi THC, bukannya CBD yang sering digunakan untuk tujuan perubatan seperti yang didakwa.

Anda nak tahu apa bezanya THC dengan CBD? Jom baca perkongsiannya di bawah.

Kehadapan YB Nurul Izzah yang dikasihi,

Ganja, seperti mana morphine, bagi saya sepatutnya hanya dibenarkan penggunaannya apabila ia dalam bentuk ubat berdos. Bukan tiada ubatan berasaskan ganja yang telah diluluskan penggunaannya. Contohnya sativex dan epidiolex. Membenarkan penggunaan ganja dalam bentuk bahan mentah akan mempunyai implikasi sosial yang besar.

Menurutan laporan portal Coconuts KL, polis menemui 3.1 litre minyak mengandungi tetrahydrocannabinol atau THC, 1.4kg bahan mengandungi THC, dan 279g ganja semasa serbuan di rumah pesalah tersebut.

THC adalah bahan aktif yang menyebabkan kesan psikoaktif di dalam ganja. Bahan yang lebih banyak dikaji penggunaannya dalam bidang perubatan adalah CBD dan bukannya THC.

Malah di luar negara termasuk US, banyak yang membezakan terma medical marijuana hanya kepada bahan atau spesis yang mengandungi ratio CBD yang lebih tinggi berbanding THC. Ini kerana THC mudah disalahguna dan menyebabkan ketagihan.

Bagi negara yang meluluskan penggunaan marijuana untuk tujuan rekreasi, THC atau CBD tidak menjadi masalah. Namun begitu, tak semua yang diperjuangkan Barat perlu kita ikut. Contohnya LGBT.

Hampir seluruh dunia mengiktiraf perjuangan LGBT tapi kita tidak. Kerana kita tahu implikasi sosialnya dan kesannya terhadap masyarakat dan agama.

Begitu juga marijuana. Jika ia terbukti secara jelas, ia telah pun digunakan dalam perubatan seperti contoh yang saya beri pada awal tadi. Bukan sesuka hati dijual oleh sesiapa sahaja terutamanya mereka yang tiada latar belakang perubatan.

Fahmi Hassan

Pharmacist

BACA : Graduan Hasilkan ‘Minyak Terapi’ Berasaskan Ganja Bakal Dihukum Mati, Dakwa Sudah Sembuhkkan Lebih 800 Orang Pesakit

BACA : Graduan Proses Ganja Untuk Tujuan Perubatan Dijatuhi Hukuman Gantung, Nurul Izzah Buat Rayuan Pada Peguam Negara

Sumber : Fahmi Hassan

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.