Siakap Keli

“Hari Jadi Saya Bulan Depan, Tapi Sekarang Ayah Dah Takde,” Belaian Terakhir Anak, Ayah Maut Dalam Pembentung

Gaurav yang berusia 10 tahun menghabiskan masa bermain dengan kawan-kawannya dan menjaga adik perempuannya, Suman yang berumur 2. Kanak-kanak lelaki ini membantu ibunya dalam menjaga adik-beradiknya sejak ayahnya Anil mati lemas sewaktu membersihkan pembetung di Delhi.

Dia diupah oleh orang yang bernama Satbir untuk membersihkan saluran pembentung yang sudah melimpah keluar. Semasa memanjat pembetung di kawasan Dabri Village di Dwarka, Anil tergelincir dan tali di sekeliling pinggangnya pecah, membuatkannya jatuh ke dalam pembetung dalam jarak 20 kaki.

Isterinya, Rani memberitahu NDTV bahawa mereka tinggal di kediaman yang sangat daif dan perlu berjuang untuk membesarkan tiga orang anak.

“Suami saya adalah satu-satunya pencari nafkah dan kami sentiasa mengharapkan agar suaut hari nanti anak-anak dapat menjalani kehidupan yang selesa tidak seperti yang kita miliki sekarang.”

Anak lelaki Anil, Gaurav ketika ditanya media tempatan berkata, “Hari jadi saya bulan depan, hujung minggu lalu saya ada tanya ayah samada dia boleh dapatkan basikal sebagai hadiah ulang tahun.  Dia berjanji akan membawanya kepada saya, tetapi sekarang ayah sudah tiada.”

Gambar Gauraz membelai wajah ayahnya sambil menangis telah tular di laman Twitter sehingga menarik perhatian Yayasan Uday, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berjaya mengumpul dana sehingga mencecah RM200,000.  Atas usaha Yayasan Uday, mereka berjaya memakbulkan impian Gauraz yang ingin memiliki sebuah basikal hasil sumbangan daripada orang ramai.

Polis tempatan memberitahu bahawa siasatan yang dijalankan menunjukkan tali yang digunakan Anil ketika proses tersebut tidak cukup kuat.

Sumber: NDTV

Nur Farra