Siakap Keli

“Sedihnya Kita Masih Berpolitik, Tapi Masih Ramai Rakyat Tak Makan,” Uncle Kentang Cadang Kos PRK PD Disalurkan Kepada Orang Susah

Kuan Chee Heng yang merupakan aktivis sosial terkenal telah mencadangkan agar semua pihak berwajib membenarkan Datuk Seri Anwar menang tanpa bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson akan datang.  Baginya, peruntukkan sebanyak RM2juta bagi pilihanraya tersebut lebih baik disalurkan kepada rakyat yang memerlukan.

‘Uncle Kentang’ melalui laman Facebook miliknya menjelaskan bahawa dana itu sangat besar dan bagus jika disumbangkan atau ditukar sebagai belanja perubatan, pembelian barangan dapur mahupun pembinaan rumah bagi fakir miskin.

Chee Heng yang juga merupakan Pengerusi Persatuan-Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia terkenal dengan kerja amal yang dijalankan bagi membantu rakyat susah tidak kira bangsa.  Terdahulu, beliau pernah menawarkan perkhidmatan menyewa ambulan dengan kadar sewaan 10 sen.

KOS PRK BAGILAH PADA MEREKA YANG SUSAH DAN SAKIT.

Kalau lah UMNO kali ini boleh strike deal dengan Anwar Ibrahim dan jangan bertanding. Bagi saja dia menang.

Maklumkan pada dia kos PRK Port Dickson RM 2 juta itu bagi pada orang susah dan kita identify semua keluarga miskin dan daif serta ada sakit di Parlimen Port Dickson dan agihkan antara mereka, itu kan lagi baik. Suruh Anwar tambah bonus Tak Bertanding RM 2 juta lagi. So orang susah dan miskin dapat RM 4 juta. Duit itu tak masuk poket poket macai macai politik gantung banner dan tarik orang bayar hadir ceramah. Merugikan semua kerja itu. Bayar kereta hantar masa undi. Semua duit masuk poket macai macai PKR. Buat apa?

Sedih nya kita masih berpolitik gagah tetapi ramai Melayu masih tak makan atau tak di pedulikan langsung. Sedih sangat.

Pasal UMNO dan Pas tetap akan kalah di PRK Port Dickson dalam pandangan saya. Jadi ambil jalan smart dan kita strike deal dengan Anwar untuk benefit orang susah dan sakit. UMNO pasti akan dekati rakyat kalau deal macam itu di buat. Kalau Anwar tak setuju, dia cari nahas. Itu jadi satu isu mana beliau bukan pemimpin yang prihatin pada susah dan msikin. Kalau setuju, letak duit dulu sebagai sumbangan untuk di agihkan kepada semua yang susah dan miskin melalui satu badan NGO yang di percayai dan di amanahkan. Senarai orang susah mesti di kemukakan.

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Satu komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di