Siakap Keli

Hanya Ujian, Jangan Panik Jika Dengar Bunyi Siren- Jabatan Materologi Malaysia

Jabatan Mateorologi Malaysia (MMD) melalui satu kemas kini status di laman facebook memaklumkan bahawa pihaknya akan mengadakan satu ujian di kawasan Kuala Terengganu.

Menurut kenyataan jabatan itu lagi, ujian berkenaan dijalankan bertujuan untuk menguji Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM). Ujian tersebut akan dilaksanakan pada Khamis, bermula daripada pukul 9 pagi sehingga 1 petang.

Sehubungan itu, pihak MMD meminta orang ramai tidak panik apabila mendengar sebarang bunyi siren amaran dalam tempoh berkenaan. Pihak MMD akan memaklumkan dari masa ke masa jika terdapat sebarang perubahan.

Status yang sama turut dikongsi di laman facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.