Siakap Keli

“Tidak Ada Sekelumit Rasa Belas Kasihankah Kepada Nenek Saya,” Respon Anak Najib Selepas Rumah Neneknya Diserbu

Nooryana Najwa yang merupakan anak perempuan kepada Datuk Seri Najib Razak meluahkan rasa kesal dan sedihnya apabila pihak polis menyerbu kediaman neneknya, Tun Rahah Mohammad Noah di Kuala Lumpur petang semalam.

“Perlukah seorang wanita tua yang berusia 87 tahun terpaksa melalui satu pengalaman pahit seperti ini?

“Saya faham polis menjalankan tugas mereka sebagaimana diarahkan kuasa yang ada, tetapi tidak adakah sekelumit rasa belas kasihan terhadap seorang wanita berusia begitu, isteri kepada bekas perdana menteri dan seorang wanita yang banyak berjasa kepada asas negara ini? luahnya yang dimuat naik di laman Instagram.

Jelas Nooryana, neneknya yang merupakan isteri kepada perdana menteri Malaysia kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein itu kini banyak mennghabiskan masa pada usia emasnya dengan beribadah.

View this post on Instagram

Saya sedih apabila mendapat tahu polis lakukan serbuan di rumah nenek saya jam 4 petang tadi ketika bapa saya bersama ahli keluarga lain di mahkamah. Kita pun tertanya-tanya mengapa tiada foto terhadap serbuan ini. Sebabnya? Tiada apa ditemui dan pulang dengan tangan kosong. Perlukah seorang wanita tua yang berusia 87 tahun terpaksa melalui satu pengalaman pahit seperti ini? Pada usia begitu, "Tok" saya banyak menggunakan masa beribadah apatah lagi pada saat penuh dugaan ini melihat anaknya berdepan pelbagai ujian. Pada usia rapuh itu, kami melakukan sedaya upaya kami untuk melihat nenek dalam keadaan sihat kerana nenek amat kami sayangi. Saya faham polis menjalankan tugas mereka sebagaimana diarahkan kuasa yang ada, tetapi tidak adakah sekelumit rasa belas kasihan terhadap seorang wanita berusia begitu, isteri kepada bekas Perdana Menteri dan seorang wanita yang banyak berjasa kepada asas negara ini? Bukankah Malaysia baharu adalah tanda kepada perkembangan masyarakat kita? Ia bukan politik dendam tetapi keharmonian politik yang akan menyatukan kita semua agar kita semua dapat bergerak ke hadapan.

A post shared by yananajib (@yananajib) on

Anaknya, Datuk Seri Najib Razak yang merupakan bekas perdana menteri kini sedang menghadapi pertuduhan berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram.

“Pada usia rapuh itu, kami melakukan sedaya upaya kami untuk melihat nenek dalam keadaan sihat kerana nenek amat kami sayangi,” tulisnya.

Menurut sumber polis, serbuan itu dilakukan pada waktu sama Najib sedang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melibatkan 14 anggota.

Pihak polis dipercayai turut memeriksa di bahagian siling rumah bagi memastikan tidak terdapat wang tunai yang disembunyikan.

Bagaimanapun, difahamkan polis pulang dengan tangan kosong.

“Kita pun tertanya-tanya mengapa tiada foto terhadap serbuan ini. Sebabnya? Tiada apa ditemui dan pulang dengan tangan kosong,” ujar Nooryana.

“Bukankah Malaysia baharu adalah tanda kepada perkembangan masyarakat kita? Ia bukan politik dendam tetapi keharmonian politik yang akan menyatukan kita semua agar kita semua dapat bergerak ke hadapan,” tulisnya lagi.

Terdahulu,  Najib mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan bagi empat pertuduhan mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan 21 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) – Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Ia berhubung wang berjumlah RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun peribadinya, yang didakwa pihak berkuasa diselewengkan daripada syarikat pelaburan negara, 1MDB.

Sumber: Yayanajib

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar