Siakap Keli

“Pecat Kalau Tak Solat,” Palembang Wajibkan Pekerja Solat Subuh Berjemaah Sebelum Masuk Kerja

Datuk Bandar Palembang, Harnojoyo telah menandatangani surat pekeliling yang menguatkuasakan amalat solat subuh berjemaah dalam kalangan pekerja khusus kepada ketua jabatan di semua pejabat kerajaan.

 

“Saya wajibkan sebanyak 160 jabatan di bawah pentadbiran Palembang untuk laksana program subuh berjemaah ini.  Saya akan laksanakan subuh berjemaah di 107 daerah termasuk masjid dan surau selain di pejabat daerah dan mukin juga.  Setiap tempat yang saya pergi, wajib ada solat berjemaah,” katanya.

Pelaksanaan ini turut mempunyai impak kepada mereka yang melanggarnya.

“Kalau tak mahu solat, silakan.  Saya cuma nak ingatkan, kalau masih nak terus bekerja di Kota Palembang.”

Saranan itu mengundang pelbagai respon rakyat yang masing-masing bimbang jika tidak melaksanakan pelaksanaan itu akan dibuang kerja.

Pun begitu, ramai juga yang bersetuju dengan tindakan Harnojoyo dan beranggapan ia adalah salah satu inisiatif baik untuk melatih setiap pekerja untuk lebih disiplin dalam menjalankan aktiviti seharian khususnya tugasan kerja.

“Semoga pelaksanaan ini memberi impak kepada masyarakat sekeliling juga.  Kita mahu memakmurkan masjid, dari situ kita bangunkan manusia Islam yang bertanggungjawab.”

Sumber: Detik News

Nur Farra