Siakap Keli

Gadis Kongsi Pengalaman Terpaksa Dibuang Hempedu, Jangkitan Kuman Pada Kemaluan Gara-Gara Produk Sampah

Zaman sekarang terkenal dengan zaman yang semuanya nak ‘instant’.  Makan nak yang segera, beli barang nak yang segera dan tak lupa juga, nak cantik pun nak yang segera.  Boleh ke macam tu?

Siapa yang tak nak cantik? Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata nak buang lemak dekat perut, nak kulit mulus macam kapas dan tanpa kedutan.  Tapi, akibat keghairahan nak cantik, sampai lupa kesan sampingan setiap produk yang digunakan terhadap tubuh badan.

Permintaan yang tinggi terhadap setiap produk ‘beracun’ ini pula menyebabkan lahirnya produk tiruan bergred AAA sehingga sukar untuk dibezakan yang mana palsu dan mana yang asli.

Perkongsian daripada Najwa Zaidi melalui laman Facebook miliknya berkongsi pengalaman terpaksa membuang hempedu dan jangkitan anggota kelamin yang masing-masing disebabkan produk timbang kilo yang diambil sejak 2009. Mari baca perkongsiannya semoga memberi manfaat untuk kita semua, terutama untuk korang yang merancang nak cantik ‘segera’.

Nur Farra