Siakap Keli

Seret Bangkai Anjing Sepanjang Lebuhraya Utara Selatan, Pekerja Penyelenggara Digantung Tugas

Sekumpulan pekerja penyelenggara digantung tugas selepas melakukan tindakan mengheret bangkai anjing sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan Pulau Pinang.  Keputusan gantung tugas itu diumumkan sendiri pemilik syarikat perkhidmatan penyelenggara terbabit yang turut meminta maaf di atas tindakan tidak wajar pekerjanya.

“Edgenta Propel Bhd ingin memohon maaf dan kecewa dengan tindakan tidak sengaja kakitangan kami kerana mengheret bangkai anjing di KM136.8 (South Bound) di NSE.”

“Mereka ditugaskan untuk membersihkan bangkai itu, dan meletakkannya di belakang lori untuk ditanam.

“Haiwan sering dijumpai dan dibersihkan oleh pekerja PIT mengikut prosedur standard,” katanya.

Pekerja yang terlibat digantung tugas sementara siasatan ke atas kes dijalankan.  Sementara itu, Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan tersebut serta mengundang kemarahan netizen selepas gambar anjing diseret itu tersebar di laman media sosial.

Nur Farra